
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul enggan mengambil peduli tanggapan negatif segelintir pihak susulan muzik video lagu Kelip-Kelip kembali tular dan menjadi perbualan ramai.
Menurut Aina, dia bangga dengan hasil karya tersebut yang mencerminkan sisi kreatifnya ketika masih baharu menerokai industri muzik, selain menjadi ruang untuk bereksperimen dengan pelbagai idea dan penampilan.

“Cakaplah apa anda nak cakap sekali pun. Saya bangga dengan apa yang saya lakukan. Pada waktu itu, saya masih baharu di dalam industri dan nak buat macam-macam perkara.
“Bila buat penggambaran muzik video, kalau boleh nak tukar 10 pasang baju. Saya gembira bila ada yang suka atau kutuk sekali pun.
“Suka hatilah. Lagipun, perkara itu sudah lepas,” katanya kepada MH.
Aina berkata demikian ketika ditemui pada acara prapendengaran single Bluest Sky yang berlangsung di Rex KL, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Bersyukur Lagu Lama Kembali Mendapat Perhatian
Mengulas lanjut, Aina menyifatkan perhatian yang kembali diberikan terhadap lagu Kelip-Kelip sebagai sesuatu yang disyukuri, apatah lagi karya berkenaan membuka peluang kepada lebih ramai pendengar untuk mengenali sisi muziknya yang terdahulu.

“Saya juga bersyukur bila ramai yang baru tahu yang saya ada lagu seperti itu. Karya itu diinspirasikan daripada lagu kanak-kanak ‘Twinkle-Twinkle Little Star’.
“Ketika itu, lagu itu mungkin kurang mendapat perhatian. Ada kalanya tuah manusia mungkin datang selepas bertahun-tahun,” ujarnya lagi.
Terkejut Wajah Lama Kembali Tular
Dalam pada itu, penyanyi lagu Kamu itu mengakui terkejut apabila isu berkenaan kembali menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi selepas melihat wajah lamanya muncul semula di platform media sosial.
Anda mungkin berminat dengan

“Saya pun terkejut sebenarnya. Bila buka sahaja platform Threads, saya nampak semula wajah lama saya. Saya pun tertanya-tanya apa yang terjadi.
“Kenapa perkara ini viral pula? Lebih baik dengarkan lagu-lagu baru saya. Namun, saya bersyukur bila ramai juga yang menyukainya,” akhirinya.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

