Ads

“Kreativiti Helen Yap Melangkaui Pemikiran…,” – Adeep Nahar Anggap ‘Bercanda Emosi’ Lagu Paling Sukar, Idayu Cerewet Waktu Proses Rakaman

Penyanyi dan guru vokal, Adeep Nahar mengakui lagu duet terbaharunya bersama Idayu berjudul Bercanda Emosi antara karya paling sukar untuk dinyanyikan sepanjang bergelar anak seni.

Menurut Adeep, lagu ciptaan Helen Yap dan SlenFadzil itu menuntut penguasaan teknikal vokal yang tinggi memandangkan setiap bait lirik mempunyai perubahan tersendiri, sekali gus menjadikan karya berkenaan cukup mencabar untuk dibawakan.

“Kreativiti Helen Yap Melangkaui Pemikiran…,” - Adeep Nahar Anggap ‘Bercanda Emosi’ Lagu Paling Sukar, Idayu Cerewet Waktu Proses Rakaman

‘Bercanda Emosi’ Cabar Kemampuan Vokal

“Seumur hidup saya, saya merasakan lagu Bercanda Emosi ini antara lagu yang paling susah untuk dinyanyikan. Setiap bait-baik lirik lagu ini, bahagian teknikalnya akan berubah.

“Lagu ini diciptakan oleh Helen Yap dan seperti semua tahu, kreativiti beliau dalam penciptaan muzik memang melangkaui pemikirkan kita.

“Saya rasa lagu ini bukan dibuat untuk orang mendengar dan layan, beliau memang nak melepaskan skilnya di dalam penciptaan lagu ini. Penyanyi juga berasa tersiksa,” katanyanya kepada MH.

Sementara itu, Idayu menyifatkan Bercanda Emosi sebagai sebuah karya yang menawarkan kepelbagaian muzik menerusi sentuhan R&B, sekali gus memberikan warna berbeza dalam industri muzik tempatan.

Ads

Menurutnya, mereka mahu menyajikan sesuatu yang segar buat pendengar serta membuktikan bahawa lagu berteraskan genre R&B turut mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Kreativiti Helen Yap Melangkaui Pemikiran…,” - Adeep Nahar Anggap ‘Bercanda Emosi’ Lagu Paling Sukar, Idayu Cerewet Waktu Proses Rakaman

“Kami mahu pendengar menikmati karya yang pelbagai. Tiadalah mereka nak mendengar lagu balada atau galau sahaja. Biarlah karya ini berbunyi antarabangsa sedikit.

“Saya merasakan tak semua orang mampu membawakan lagu bergenre R&B,” katanya lagi.

Adeep dan Idayu ditemui ketika acara pra-dengar lagu Bercanda Emosi, baru-baru ini.

Ads

Helen Yap Akui Proses Rakaman Bukan Mudah

Menggabungkan dua penyanyi yang juga bergelar guru vokal, komposer Helen Yap mengakui proses menghasilkan lagu Bercanda Emosi bukanlah sesuatu yang mudah, terutama dalam memastikan setiap perincian vokal mencapai standard yang diinginkan.

“Kreativiti Helen Yap Melangkaui Pemikiran…,” - Adeep Nahar Anggap ‘Bercanda Emosi’ Lagu Paling Sukar, Idayu Cerewet Waktu Proses Rakaman

“Pada mulanya saya buat rakaman untuk Idayu dahulu. Namun, dia seorang yang sangat cerewet. Bila kita dengar nyanyian itu sudah sedap, Idayu tetap nak perbaiki dan buat lebih baik.

“Idayu sejenis yang kalau dia tidak puas hati, dia akan datang lagi untuk buat proses rakaman. Dia selalu kata dia tak puas.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Sewaktu cipta lagu ini, saya tak terfikir yang mereka ini merupakan guru vokal. Idayu boleh buat macam-macam vokal styling. Tak semua orang boleh buat suara angin itu,” kongsinya.

Sementara itu, penulis lirik, SlenFadzil berkata, lirik lagu berkenaan dihasilkan sepenuhnya di kota Paris ketika beliau berkunjung ke Perancis bagi menyaksikan temasya Sukan Olimpik 2024.

“Kreativiti Helen Yap Melangkaui Pemikiran…,” - Adeep Nahar Anggap ‘Bercanda Emosi’ Lagu Paling Sukar, Idayu Cerewet Waktu Proses Rakaman

“Saya mengambil masa yang lama untuk menulis lirik lagu ini kerana susunan muziknya agak tricky dan complicated.

“Namun idea sepenuhnya terhasil apabila saya berada di kota Paris dan terus menghantar teks liriknya kepada Helen di Kuala Lumpur kerana menyedari masa begitu suntuk untuk proses rakaman,” katanya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Vida Kongsi Pengalaman Hadir Majlis BASS – “Saya Pun Lambat Sampai,...

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida bersetuju bahawa kehadiran ke majlis perkahwinan wajar berlandaskan niat untuk meraikan pengantin, tanpa terlalu memikirkan soal tempat duduk atau...