Ads

Astro Jelaskan Konsep Kilauan Emas Selebtiti & Respon Isu Ketiadaan Hadiah Wang Tunai Di Final Kilauan Emas Selebriti, Penaja Turut Beri Kenyataan

Susulan kritikan segelintir pihak berhubung isu ketiadaan hadiah berbentuk wang tunai buat para pemenang program realiti Kilauan Emas Selebriti (KES), Astro tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Pengurus Saluran Astro Prima, Idlan Zahari memaklumkan, tidak semua program realiti dan hiburan terbitan Astro menawarkan hadiah kemenangan berupa wang tunai kepada peserta, malah pendekatan berkenaan pernah diterapkan menerusi beberapa program lain sebelum ini.

Katanya, program sedemikian lazimnya mengetengahkan pendekatan berbeza apabila sumbangan wang tunai disalurkan kepada badan kebajikan yang dipilih sebagai sebahagian daripada objektif dan matlamat penganjuran program.

Astro Jelaskan Konsep Kilauan Emas Selebtiti & Respon Isu Ketiadaan Hadiah Wang Tunai Di Final Kilauan Emas Selebriti, Penaja Turut Beri Kenyataan

“Astro ingin menjelaskan bahawa terdapat program realiti dan hiburan yang diterbitkan tanpa menawarkan hadiah wang tunai kepada peserta.

“Sebelum ini, Astro menerbitkan program seperti The Masked Singer Malaysia dan MasterChef Selebriti Malaysia yang menampilkan penyertaan selebriti tanpa hadiah kemenangan wang tunai.

“Sebaliknya, sumbangan wang tunai disalurkan kepada badan kebajikan yang dipilih sebagai sebahagian daripada objektif program,” katanya, petik Gempak.

Bagaimanapun, Idlan turut menjelaskan barisan peserta termasuklah KES, tetap menerima bayaran mingguan sepanjang tempoh penglibatan mereka dalam program berkenaan.

Astro Jelaskan Konsep Kilauan Emas Selebtiti & Respon Isu Ketiadaan Hadiah Wang Tunai Di Final Kilauan Emas Selebriti, Penaja Turut Beri Kenyataan

“Dalam program-program tersebut, para peserta tetap menerima bayaran mingguan sepanjang tempoh penglibatan mereka, selaras dengan amalan industri serta terma yang dipersetujui bersama,” katanya.

Ads

Dalam masa sama, Idlan turut memaklumkan perkara berkenaan telah dijelaskan kepada semua peserta sejak awal, termasuk menerusi terma dan syarat yang dipersetujui sebelum program bermula.

Astro Jelaskan Konsep Kilauan Emas Selebtiti & Respon Isu Ketiadaan Hadiah Wang Tunai Di Final Kilauan Emas Selebriti, Penaja Turut Beri Kenyataan

“Ini merupakan sebahagian daripada konsep serta objektif program yang telah ditetapkan sejak awal.

“Semua perkara berkenaan telah diterangkan kepada peserta sejak peringkat awal dan turut diperincikan dalam perjanjian rasmi yang dipersetujui serta ditandatangani oleh semua pihak sebelum program bermula,” jelasnya lagi.

Jus Arabic Gold Jelaskan Peranan Sebagai Penaja

Sementara itu, pihak penaja Jus Arabic Gold menerusi wakilnya, DCCI, turut tampil memberikan penjelasan mengenai peranan mereka dalam program berkenaan.

Astro Jelaskan Konsep Kilauan Emas Selebtiti & Respon Isu Ketiadaan Hadiah Wang Tunai Di Final Kilauan Emas Selebriti, Penaja Turut Beri Kenyataan

Ads

Di dalam kenyataan media yang dikeluarkan, pihaknya menghormati setiap pandangan yang disuarakan dan menganggapnya sebagai ruang untuk menilai serta memperbaiki pendekatan pada masa akan datang.

“Sebagai penaja, kami menghormati setiap pandangan yang disampaikan dan melihatnya sebagai sebahagian daripada proses untuk kami belajar, menilai serta memperbaiki pendekatan kami pada masa akan datang.

“Untuk penjelasan, peranan Jus Arabic Gold adalah sebagai penaja dan rakan strategik jenama,manakala perancangan serta pelaksanaan keseluruhan program adalah berdasarkan struktur dan pengurusan program yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur,” katanya.

Malah, pihak Jus Arabic Gold turut menjelaskan rasional mereka menjadi sebahagian daripada keluarga KES, yang dilihat bukan sekadar sebagai sebuah program pertandingan, sebaliknya platform untuk meraikan bakat dan perjalanan insan seni.

Astro Jelaskan Konsep Kilauan Emas Selebtiti & Respon Isu Ketiadaan Hadiah Wang Tunai Di Final Kilauan Emas Selebriti, Penaja Turut Beri Kenyataan

Ads

“Kami menyertai KES 2026 kerana percaya kepada nilai yang dibawa oleh program ini bukan semata-mata sebagai sebuah pertandingan, tetapi sebagai sebuah platform yang meraikan bakat, pengalaman, perjalanan hidup dan sumbangan insan seni.

Anda mungkin berminat dengan

“Atas dasar itu, kami memilih untuk memberi lebih daripada sekadar komitmen tajaan yang
dipersetuju,” katanya lagi.

Bagi Jus Arabic Gold, nilai sesebuah tajaan juga tidak semestinya diukur berdasarkan angka atau nilai hadiah yang ditawarkan, sebaliknya turut terletak pada bentuk penghargaan, peluang dan sokongan berterusan yang diberikan kepada insan seni.

Astro Jelaskan Konsep Kilauan Emas Selebtiti & Respon Isu Ketiadaan Hadiah Wang Tunai Di Final Kilauan Emas Selebriti, Penaja Turut Beri Kenyataan

“Pemberian hamper produk dan gold bar pada pentas akhir merupakan sebahagian daripada
Kempen Emas Berkilau yang sedang dijalankan oleh Jus Arabic Gold, di sosial media kami.

“Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk menghargai para pengguna dankomuniti yang telah bersama-sama menyokong jenama Jus Arabic Gold.

“Sepanjang KES 2026, kami turut berbesar hati dapat berkongsi produk Jus Arabic Gold bersama para peserta dan melihat sendiri sokongan serta maklum balas positif yang diberikan oleh mereka.

“Bagi kami, penghargaan itu bukan hanya untuk satu malam, tetapi sebahagian daripada hubungan yang telah dibina sepanjang perjalanan program,” katanya lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Marsha Biddulph Cerita Pengalaman Di Set ‘Pemuja Syaitan, Liyana Jasmay Tertarik...

Pelakon Marsha Biddulph mengakui ada menangis dan membawa diri selama hampir dua minggu ketika menjalani penggambaran filem Pemuja Syaitan arahan Liyana Jasmay di Cherating, Pahang.