Memilih pelakon, Diana Danielle sebagai heroin bagi muzik video lagu terbaharu berjudul, Undur Diri, usahawan, Iqbal Zulkefli mendedahkan dia tidak mempunyai niat untuk merendahkan reputasi bintang tersebut.

Menurut Iqbal, dia juga menghormati status Diana yang masih bergelar isteri selain statusnya sebagai antara aktres berkaliber.

“Dia Masih Isteri Orang,” – Iqbal Zulkefli Bayar Diana Danielle 5 Angka Bintangi MV, Sudah Minta Izin Farid Kamil

“Sejak daripada awal, saya tiada niat nak buat konten yang bukan-bukan dengan Diana Danielle. Saya pun tahu dia masih isteri orang. Malah, Diana juga figura yang mempunyai nama besar dari segi komersial.

“Jadi, saya tak boleh nak buat konten-konten yang sebarangan. Apapun, segalanya telah berjalan lancar,” katanya kepada MH.

Iqbal berkata sedemikian ketika ditemui di acara karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) baru-baru ini.

Ads

Farid Kamil Hantar Mesej Panjang

“Dia Masih Isteri Orang,” – Iqbal Zulkefli Bayar Diana Danielle 5 Angka Bintangi MV, Sudah Minta Izin Farid Kamil

Katanya lagi, dia juga telah meminta izin daripada suami Diana yang juga pelakon terkenal, Farid Kamil sebelum memberikan tawaran untuk menjadi heroin muzik videonya.

“Saya ada maklumkan terlebih dahulu kepada Farid Kamil yang saya akan menjalani penggambaran bersama Diana. Saya bimbang jika ada salah faham. Jadi, saya minta izin.

“Alhamdulillah, Farid telah memberikan respon yang baik walaupun pada awalnya saya kurang faham kerana mesej tersebut agak panjang.

Ads

“Dia tidak meletakkan sebarang syarat cuma mesej awalnya itu agak kurang jelas. Tapi dia okay sahaja. Farid juga sudi jika nak bekerjasama selepas ini,” ujarnya lagi.

Hubungan Dengan Diana Masih Baik

“Dia Masih Isteri Orang,” – Iqbal Zulkefli Bayar Diana Danielle 5 Angka Bintangi MV, Sudah Minta Izin Farid Kamil

Dalam pada itu, Iqbal turut memuji tahap profesionalisme yang ditunjukkan oleh Diana meskipun namanya terpalit kontroversi disebankan muzik video ini

Ads

“Diana sebenarnya tidak suka kontroversi seperti ini tapi hubungan kami masih baik. Dia juga seorang artis yang suka memberikan sokongan,” katanya.

Sementara itu, Iqbal turut memaklumkan dia sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk bekerjasama dengan artis-artis ternama.

“Sebelum ini, saya pernah bekerjasama dengan ramai artis termasuklah yang gred A. Bayaran buat mereka ini memang saya telah khususkan dalam lima angka. Saya hormat reputasi mereka.

“Saya memilih Diana kerana dia orang yang tepat buat lagu baru saya. Ini bukan gimik. Banyak duit yang perlu dilaburkan dari segi muzik video, baju, solekan dan macam-macam lagi.

“Kalau saya tak all out, kerja ini tidak akan ada kualiti,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI