Ads

“Aku Pernah Gemuk…,”- Anim Ezati Minta Jangan Persenda Perubahan Fizikal Wanita Selepas Bersalin, Hargai Usaha Bawa ‘Satu Nyawa’

Anim Ezati
Anim Ezati

Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati menyeru orang ramai agar berhenti mempersenda atau mempersoalkan perubahan fizikal yang dialami wanita selepas mereka melahirkan cahaya mata.

Menurut Anim, perjalanan yang perlu dilalui seorang wanita selepas melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah.

Malah, mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan serta kondisi tubuh yang baharu, dalam masa sama menggalas tanggungjawab menjaga dan membesarkan cahaya mata.

“Aku Pernah Gemuk…,”- Anim Ezati Minta Jangan Persenda Perubahan Fizikal Wanita Selepas Bersalin, Hargai Usaha Bawa ‘Satu Nyawa’ “Aku Pernah Gemuk…,”- Anim Ezati Minta Jangan Persenda Perubahan Fizikal Wanita Selepas Bersalin, Hargai Usaha Bawa ‘Satu Nyawa’

“Perempuan gemuk selepas melahirkan. Aku pernah gemuk. Pernah tengok badan sendiri dan tertanya, ‘Bila aku jadi macam ni?’.

“Tapi satu benda yang kita selalu lupa, badan seorang perempuan selepas melahirkan bukan sekadar badan yang ‘naik berat’.

“Itu badan yang pernah membawa satu nyawa. Badan yang melalui perubahan hormon, kurang tidur, sakit, penat, menyusu, menjaga anak,” tulisnya.

Ads

Perkara itu dikongsikan pengacara program Malaysia Hari Ini itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/yang-belum-diuji-jangan-terlalu-selesa-linda-rafar-titip-kata-semangat-buat-abby-abadi-ingatkan-netizen-usah-menangguk-di-air-keruh/

Jangan Tambah Beban Emosi Wanita Selepas Bersalin

Jelasnya lagi, para wanita sememangnya sedar mengenai perubahan fizikal yang dialami mereka tanpa perlu diperkatakan atau diuar-uarkan kepada umum.

Ads

“Aku Pernah Gemuk…,”- Anim Ezati Minta Jangan Persenda Perubahan Fizikal Wanita Selepas Bersalin, Hargai Usaha Bawa ‘Satu Nyawa’ “Aku Pernah Gemuk…,”- Anim Ezati Minta Jangan Persenda Perubahan Fizikal Wanita Selepas Bersalin, Hargai Usaha Bawa ‘Satu Nyawa’

“Sambil perlahan-lahan cuba mencari dirinya semula. Jadi bila seorang perempuan berubah selepas bersalin, perkara terakhir yang dia perlukan adalah orang lain mengingatkan dia bahawa dia ‘dah gemuk’.

“Percayalah, dia tahu,” ujarnya lagi.

Malah, Anim turut menyifatkan komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap perubahan fizikal wanita selepas bersalin sama sekali tidak akan membantu, sebaliknya hanya menambah beban emosi yang terpaksa mereka lalui.

Ads

“Aku Pernah Gemuk…,”- Anim Ezati Minta Jangan Persenda Perubahan Fizikal Wanita Selepas Bersalin, Hargai Usaha Bawa ‘Satu Nyawa’ “Aku Pernah Gemuk…,”- Anim Ezati Minta Jangan Persenda Perubahan Fizikal Wanita Selepas Bersalin, Hargai Usaha Bawa ‘Satu Nyawa’

Anda mungkin berminat dengan

“Komen orang tak pernah membuatkan seseorang kurus lebih cepat, ia cuma membuatkan perjalanan itu terasa lebih berat.

“Perempuan dah korbankan banyak perkara untuk menjadi seorang ibu. Jangan jadikan tubuh yang pernah melahirkan kehidupan sebagai bahan untuk kita merendahkan dia.

“Kalau tak mampu membuatkan seorang perempuan rasa lebih baik tentang dirinya, sekurang-kurangnya jangan menjadi sebab dia rasa lebih buruk,” kongsinya lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Threads & Instagram Anim Ezati

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Zarif Ghazzi Kayuh Beca Dinaiki Siti Nurhaliza Di SNBJ, Angggap Pengalaman...

Pelakon, Zarif Ghazzi meluahkan rasa bangga apabila diberi peluang bekerjasama dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Gema Bumantara yang berlangsung baru-baru ini.