
Pelakon Norman Hakim menitipkan ucapan hari lahir penuh makna buat anak perempuannya, Maria Danisha yang kini genap 18 tahun.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Norman meluahkan rasa syukur melihat puteri kesayangannya kini melangkah ke fasa dewasa.
“How time flies… my Baby is officially 18 today! Walaupun Baby makin dewasa, in my eyes, you will always be my little girl.
“The precious daughter Papa will forever love and protect. Turning 18 is more than just growing older.
“It marks the beginning of a new journey, one where you’ll discover life, chase your dreams and build a future of your own,” tulisnya.

Pesan Anak Sentiasa Jaga Maruah & Hati
Dalam hantaran sama, pelakon filem Magika itu mengakui dia mungkin tidak mampu berada berada di setiap langkah anaknya, namun sentiasa bersedia apabila diperlukan.
Tambah Norman, dia berharap agar Maria menjadi seorang insan yang baik, kuat dan menjaga maruah diri.
“Papa may not be able to walk every path with you, but I’ll always be right behind you. When you’re tired, please look back & ching!
“Insya-Allah Papa ada. When you feel like to fall, reach out and ching! Insya-Allah Papa ada lagi.
“And if the world ever makes you doubt yourself, please come to my arms, because you will always be enough, deeply loved and forever my pride.
“Papa tak minta Baby jadi sempurna. Just be kind, protect your dignity and your heart, stay strong through every challenge, and always put Allah first in everything you do,” kongsinya.

Baca Artikel Lain;
Doa Agar Sentiasa Dikelilingi Insan Yang Ikhlas
Mengakhiri ucapan, bapa kepada enam orang cahaya mata itu mendoakan agar anaknya sentiasa dilindungi dan dikelilingi insan yang ikhlas menyayanginya.
“May Allah protect you when Papa can’t be by your side, guide every step you take and surround you with people who genuinely love you.
Anda mungkin berminat dengan
“No matter how grown-up you become or how big your world gets, dalam dunia Papa, you will always be my Baby.
“Happy 18th Birthday cayang ‘tompet cumbat’ papa. Papa loves you…always and forever.
Untuk rekod, Maria Danisha merupakan anak ketiga hasil perkahwinannya sebelum ini dengan pelakon Abby Abadi.
Sebelum ini, nama anak perempuannya itu pernah menjadi sorotan di media sosial apabila berjaya mendapat keputusan 8A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

