
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.
Persembahan bertenaga menerusi lagu Blues Terengganu Kita bagaimanapun masih belum cukup untuk menyelamatkan Rashdan Baba apabila meraih markah sebanyak 61.18%, sekali gus meletakkannya di kedudukan kedua tercorot.
Sementara Maria Tunku Sabri yang membawakan lagu Berdiri Bulu Romaku pula berada di tangga terakhir dengan markah 57.78%.


Keputusan itu menyaksikan Rashdan dan Maria menjadi dua peserta terbaharu yang tersingkir daripada pentas KES musim ini.
Datuk Jalaludin Hassan Kekal Unggul
Dalam pada itu, pelakon veteran Datuk Jalaludin Hassan sekali lagi membuktikan konsistensinya apabila berjaya mengekalkan kedudukan teratas dengan markah 75.96% menerusi lagu Widuri.
Persembahan penuh jiwa yang ditampilkan berjaya memukau penonton di Auditorium MBSA, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara peserta paling menyerlah musim ini.
Jalaludin juga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week buat dua kali berturut-turut, dengan wang tunai berjumlah RM2,000 disumbangkan kepada anak kepada Seniman Agong, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Sazali P. Ramlee.


Tempat kedua pula menjadi milik Datuk Ahmad Tarmimi dengan 70.84% menerusi lagu Epilog Cinta Dari Bromley, manakala Zila Bakarin kekal dalam kelompok tiga terbaik apabila meraih 68.75% menerusi lagu Gelombang.
Berikut adalah markah keseluruhan semua peserta yang bertanding;
1. Datuk Jalaludin Hassan 75.96%
2. Datuk Ahmad Tarmimi 70.84%
3. Zila Bakarin 68.75%
4. Amyza Aznan 64.35%
5. Fazlina Ahmad Daud 63.26%
6. Rahhim Omar 62.69%
7. Rashdan Baba 61.18%
8. Maria Tunku Sabri 57.78%
Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman, sementara kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap.

Anda mungkin berminat dengan

Sementara itu, Azmi Caliph Busker merupakan juri jemputan pada minggu ini.
Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan oleh panel juri profesional, manakala baki 20 peratus lagi diperoleh menerusi undian penonton secara dalam talian.
Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.
Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

