Ads

Zizan Razak ‘Sporting’ & ‘Fun’, Tapi Ada Had – “Biarlah Berpada Dan Tidak Melanggar Hukum Agama Islam.”

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak tampil bersuara selepas gambarnya tular sehingga dijadikan bahan ‘meme’ di aplikasi Threads sejak beberapa hari lalu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak mendedahkan dia tidak kisah sekiranya gambarnya dijadikan bahan gurauan di media sosial.

Bagaimanapun, dia menegaskan setiap bentuk jenaka perlu mempunyai batas dan tidak melanggar hukum agama sehingga menyentuh sensitiviti.

Kelakar Boleh, Tapi Jangan Melampaui Batas

“Assalamualaikum kepada seluruh warga internet dan mereka yang mengenali diri ini. Tujuan posting adalah untuk meluahkan dan memberi tahu yang saya ni memang seorang yang sporting dan juga fun akan tetapi ada tahapnya.

“Berkenaan dengan gambar saya yang viral beberapa harini diedit dan diubah menjadi kelakar boleh tetapi biarlah berpada dan tidak melanggar hukum agama Islam,” kongsinya.

Ads

Zizan Razak ‘Sporting’ & ‘Fun’, Tapi Ada Had - “Biarlah Berpada Dan Tidak Melanggar Hukum Agama Islam.” Zizan Razak ‘Sporting’ & ‘Fun’, Tapi Ada Had - “Biarlah Berpada Dan Tidak Melanggar Hukum Agama Islam.”

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/allah-tetap-beri-rezeki-bukan-saya-tak-jujur-masih-tenang-walau-rugi-ditipu-zizan-razak-anggap-ujian-ada-hikmah/

Ads

https://www.mediahiburan.my/zizan-razak-kini-lebih-introvert-segan-show-off-kisah-cinta-selagi-tiada-persetujuan-keluarga/

Tegur Pihak Ambil Kesempatan Promosi Produk

Menerusi hantaran sama, pelakon filem Polis Evo itu turut meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat segelintir pihak yang didakwa telah menggunakan gambarnya untuk mempromosikan produk tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

Menurutnya, tindakan tersebut bukan sahaja tidak beretika, malah bertentangan dengan hukum agama kerana melibatkan penggunaan imejnya tanpa keizinan serta tanpa sebarang bayaran.

Ads

“Dan ada juga pihak yang mengambil kesempatan bertujuan mempromosikan produk masing-masing tanpa meminta izin mahupun bayaran dikenakan dan itu totally haram pada pendapat saya.

Anda mungkin berminat dengan

“So renung renungkanlah jika ingin berniaga secara halal,” jelasnya lagi.

Terdahulu, nama Zizan menjadi bualan hangat di aplikasi Threads apabila beberapa foto lamanya disunting menjadi pelbagai ‘meme’, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ada Air Mata Yang Tak Diceritakan,” – Jualan Bulanan Cecah Rekod...

Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.
error: Hello. Cannot.