
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi dia bersama tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berpeluang mengisi masa sekali gus menerima nasihat serta tip rumah tangga daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut Bella atau nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah ini, pertemuan tersebut menjadi antara momen bermakna.
Ia lebih-lebih lagi apabila mereka dapat menimba panduan daripada figura yang telah melalui perjalanan perkahwinan yang panjang.
“Alhamdulillah, dapat berjumpa Tun Dr. Mahathir.
“Terima kasih atas nasihat yang sangat bernilai buat kami berdua tentang membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan.
“Tun M dan Tun Hasmah sudah 70 tahun bersama. Masya-Allah, semoga menjadi bekalan sepanjang perjalanan hidup kami, amin,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi momen pertemuan berkenaan menerusi hantaran di Instagram yang kini jadi sorotan ramai.
Bagaimanapun, sama ada Bella atau tunangnya, masing-masing tidak memperincikan tujuan sebenar pertemuan bersama negarawan hebat itu.
Baca Artikel Lain;
Bella Akui ‘Star Struck’, Kagum Sejak Kecil
Dalam pada itu, bintang berusia 32 tahun ini turut mengakui dia turut kagumi keperibadian Tun Dr. Mahathir dengan menyifatkan peluang bertemu secara peribadi itu sebagai satu pengalaman yang sukar dilupakan.
“Tak sangka boleh ‘star struck’ teruk. Perasaan yang sama ketika jumpa Lee Min-ho dan Afgan. Saya sangat mengagumi beliau sejak kecil.
“Bertemunya secara peribadi terasa mimpi. Terima kasih Syed Saddiq,” kongsinya lagi.
Anda mungkin berminat dengan
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk ada yang membuat andaian pasangan itu menemui Tun Dr. Mahathir bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan mereka yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 127,000 tanda suka disusuli dengan ribuan komen warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

