Ads

“Dulu Siti Nurhaliza Tatang, Timang Dia…,” – Sharifah Shahirah Sebak Odda Lancar Single Pertama, Teringat Momen Lamine Yamal Dimandikan Messi

Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah tidak dapat menahan sebak ketika menghadiri majlis sidang media pelancaran single pertama anaknya, Odda berjudul Gelanggang Rasa, yang berlangsung semalam.

Menurut Shahirah, sebagai ibu, dia tumpang bangga apabila melihat anaknya kini sudah berjaya melancarkan karya sulung sendiri, sekaligus merealisasikan minatnya.

“Dulu Siti Nurhaliza Tatang, Timang Dia…,” – Sharifah Shahirah Sebak Odda Lancar Single Pertama, Teringat Momen Lamine Yamal Dimandikan Messi

“Saya agak sebak tadi lebih-lebih lagi ketika sesi bacaan doa. Sebelum ini, ayat saya hanya biasa sahaja ketika berdoa. Bila ustaz sebut nama Odda, itu yang jadi lagi sebak.

“Terima kasih Datuk Seri Siti Nurhaliza. Pada usia sekarang ini, kita jadi mudah tersentuh. Saya rasa sangat bangga dan tak sangka,” katanya kepada MH.

Penyampai radio Sinar FM itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran single Gelanggang Rasa di Ideas Hotel, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Malah, Shahirah mengakui momen istimewa yang dilalui Odda mengingatkannya kepada kisah ikonik bintang bola sepak Sepanyol, Lamine Yamal, yang pernah dimandikan legenda dunia, Lionel Messi ketika masih bayi sebelum muncul sebagai bintang bola sepak dunia.

Ads

“Dulu Siti Nurhaliza Tatang, Timang Dia…,” – Sharifah Shahirah Sebak Odda Lancar Single Pertama, Teringat Momen Lamine Yamal Dimandikan Messi “Dulu Siti Nurhaliza Tatang, Timang Dia…,” – Sharifah Shahirah Sebak Odda Lancar Single Pertama, Teringat Momen Lamine Yamal Dimandikan Messi

“Bila lihat momen Odda ini, saya terus teringat pada Lamine Yamal yang pernah dimandikan oleh Messi ketika dia masih bayi. Kemudian, dia pula menjadi bintang dunia.

“Sama juga seperti Odda, ketika masih kecil, Siti selalu tatang dan timang. Saya ingatkan Odda ini hanyalah anak yang biasa sahaja. Kini, dia juga jadi seorang yang luar biasa.

“Majlis cukur jambul dan hari lahir pun Siti akan ada. Jadi, saya nak syorkan kepada para ibu bapa, bawalah anak-anak jumpa ustaz atau sesiapa sahaja yang awak idolakan dan minta mereka belaikan,” selorohnya.

Syukur Odda Sertai SN Legacy, Minta Anak Terus Belajar

Dalam pada itu, Shahirah turut meluahkan rasa syukur apabila Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sudi menerima Odda sebagai artis di bawah naungan SN Legacy.

Ads

Bagaimanapun, dia menegaskan segala peluang yang diraih anaknya hari ini adalah hasil usaha, minat dan kesungguhan yang telah dipupuk sejak kecil.

“Dulu Siti Nurhaliza Tatang, Timang Dia…,” – Sharifah Shahirah Sebak Odda Lancar Single Pertama, Teringat Momen Lamine Yamal Dimandikan Messi

“Saya juga terharu kerana Siti sudi menerima Odda sebagai artis di bawah naungan SN Legacy. Namun, segala yang berlaku ini atas usaha Odda juga.

“Ini perkara yang dia suka sejak kecil. Mungkin dia sudah perhatikan kerja-kerja ibunya sejak kecil. Bila dia sudah minat, saya minta dia teruskan sahaja.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Saya faham d&a saya tergedik-gedik. Dia bukan d&a Siti. Saya tak boleh nak tutup mulut orang,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Shahirah berharap agar Odda terus menikmati setiap proses pembelajaran sebagai anak seni dan tidak berhenti memperbaiki diri.

“Dulu Siti Nurhaliza Tatang, Timang Dia…,” – Sharifah Shahirah Sebak Odda Lancar Single Pertama, Teringat Momen Lamine Yamal Dimandikan Messi

“Odda mungkin sukakan genre yang lebih arah remaja dan karya yang ringan. Namun, ketika ini, dia masih menjalani latihan vokal. Perjalanannya masih jauh. Jadi, kita try and error dahulu.

“Jika lagu ini diterima, alhamdulillah. Kalau tidak, kita cuba lagi. Perjalannya masih panjang. Ini baru bahagian pertama,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Bintang Muda Godzilla vs Kong, Kaylee Hottle Maut Pada Usia 18...

Pelakon remaja Hollywood yang dikenali menerusi filem hits Godzilla vs Kong, Kaylee Hottle, dilaporkan meninggal dunia pada usia 18 tahun selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Frederick, Maryland.
error: Hello. Cannot.