
Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa foto bertemakan majlis merisik di media sosial baru-baru ini.
Perkongsian tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi serta tanda tanya dalam kalangan warganet.
Menurut Nurel, keputusan untuk melangkah ke fasa perkahwinan pada usia 24 tahun bukanlah didorong oleh tekanan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga.
Sebaliknya ia lahir daripada pilihan peribadi yang dibuat dengan penuh keyakinan dan kesedaran.
“Ini adalah keputusan saya sendiri. Saya percaya pada rezeki Allah selepas perkahwinan, dan setiap fasa hidup ada aturan yang terbaik,” jelasnya.
Walaupun sedang berada di fasa membina nama dalam industri seni, Nurel menegaskan keputusan tersebut sama sekali tidak akan menjejaskan komitmennya sebagai pelakon.
Bintang kelahiran Sarawak ini turut menambah, kerjaya seni akan tetap diteruskan seperti biasa dengan menerima pelbagai tawaran lakonan dan terus mengembangkan bakat yang dimiliki.

Baca Artikel Lain;
https://www.mediahiburan.my/aiman-ameer-nurel-juara-hero-dewi-remaja-2023-kaut-rm10000-seorang/
Mohon Doa Peminat, Mahu Terus Berkarya
Dalam pada itu, pelakon yang dikenali menerusi watak Yaya dalam drama terbaharu, Ate Kome I Love You yang kini distrim di platform VIU itu berharap keputusan peribadinya itu tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak.
Nurel berharap peminat serta warga industri dapat menerima keputusannya dengan hati terbuka, selain terus mendoakan yang terbaik buat perjalanan kerjaya dan kehidupan peribadinya.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya harap semua dapat memberi sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk perjalanan karier saya.
“Saya sangat bersyukur dengan semua sokongan yang diberikan melalui media sosial dan saya tidak akan pernah berhenti menjadi seorang anak seni yang sentiasa menghasilkan karya terbaik buat industri seni kita.” tambahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

