Ads

Dr. Afifah Mahu Terus Bangkit, Tak Semua Orang Nampak Penat Di Sebalik Senyuman

Usahawan dan pempengaruh, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa terhadap persepsi segelintir pihak yang didakwa gemar menilai kehidupan seseorang hanya berdasarkan apa yang dipaparkan di luaran.

Menurut Afifah yang mesra disapa Dr Fie, dia kini hanya mahu fokus dan berusaha bangkit semula untuk mengejar impian serta membina kehidupan yang lebih baik.

Luah Rasa Terhadap Persepsi

“Agak lucu bila lihat bagaimana hidup berjalan. Bila saya sedih, ramai tanya, ‘Fie okay ke? Dah makan?’.

“Tapi bila saya sibuk membina hidup, kejar impian, kerja siang malam. Soalan itu sudah tak ada.

“Orang cuma nampak, janda berhias. Asyik melaram,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada tiga cahaya mata itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Ads

Dr. Afifah Mahu Terus Bangkit, Tak Semua Orang Nampak Penat Di Sebalik Senyuman Dr. Afifah Mahu Terus Bangkit, Tak Semua Orang Nampak Penat Di Sebalik Senyuman

Dr. Afifah Mahu Terus Bangkit, Tak Semua Orang Nampak Penat Di Sebalik SenyumanBaca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/awal-ashaari-sebak-kenang-proses-besarkan-lara-akui-banyak-lakukan-kesilapan-kini-saya-menjadi-bapa-yang-lebih-waras-memahami/

Ads

Bangkit Demi Masa Depan Diri & Anak-Anak

Dalam pada itu, Afifah menjelaskan segala usaha yang dilakukan ketika ini bukanlah untuk meraih perhatian atau mengambil hati mana-mana pihak.

Sebaliknya, dia hanya mahu terus melangkah ke hadapan serta membina kehidupan yang lebih baik demi dirinya dan anak-anak.

“Tak apa. Tak semua orang nampak penat di sebalik senyuman.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Yang penting, saya tahu setiap langkah ini bukan untuk mengambil hati sesiapa. Ini adalah untuk kehidupan yang saya sedang bina,” akhirinya.

Untuk rekod, Afifah pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Nubhan Ahmad selama 10 tahun sebelum mereka sah bercerai pada 26 Ogos 2025.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Pelakon & Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin Sah Bergelar Isteri Dengan...

Tahniah diucapkan kepada Juara Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin, 24, yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dengan...
error: Hello. Cannot.