Ads

“Hampir Semua Orang Menitiskan Air Mata,” – Didi Astillah

Adik kepada selebriti Bella Astillah iaitu Didi Astillah, meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang memihak kepada tunang kakaknya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada Isnin.

Menurut Didi, detik selepas keputusan itu diumumkan cukup menyentuh hati, terutama buat ahli keluarga serta kenalan rapat yang telah melalui pelbagai ujian sepanjang proses perundangan tersebut.

“Alhamdulillah, seperti yang kita tahu kes ini sudah berjalan dalam tempoh yang sangat lama. Hari ini kami berasa sangat tersentuh dan terharu, selain sangat gembira dengan keputusan yang diperoleh.

“Hampir Semua Orang Menitiskan Air Mata,” – Didi Astillah

“Didi dapat melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah setiap ahli keluarga.

“Itu perkara paling utama yang perlu diketengahkan hari ini kerana ada ibu yang gembira, rakan-rakan yang mungkin berjuang bersama-sama juga gembira dan ahli keluarga lain turut berkongsi perasaan sama,” katanya kepada MH.

Pengalaman Pertama Saksikan Prosiding Mahkamah

Didi turut akui pengalaman menyaksikan sendiri prosiding mahkamah buat kali pertama menjadi satu kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam ingatannya.

Menurutnya, sebaik keputusan diumumkan, suasana di dalam mahkamah dipenuhi emosi sehingga hampir semua individu yang berada di situ tidak dapat menahan sebak.

“Hampir Semua Orang Menitiskan Air Mata,” – Didi Astillah

Ads

“Sebenarnya, ini kali pertama Didi melihat kes seperti ini dan masuk sendiri ke dalam mahkamah untuk mendengar prosiding. Bagi Didi dan keluarga, pengalaman ini merupakan sesuatu yang baharu.

“Hampir semua orang yang berada di dalam tadi menitiskan air mata. Apa yang boleh Didi katakan, kami sangat terharu dan gembira dengan keputusan hari ini. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai perjalanan kes berkenaan, Didi berkata walaupun tidak mengikuti proses itu sejak awal, dia memahami cabaran yang ditempuhi Syed Saddiq dan keluarganya bukan sesuatu yang mudah.

“Hampir Semua Orang Menitiskan Air Mata,” – Didi Astillah

“Walaupun Didi tidak mengikuti perkara ini sejak awal, Didi tahu perjalanan yang dilalui agak sukar. Sejak tahun lalu, kami juga pernah datang ke mahkamah dan menemani mereka untuk memberikan sokongan.

Ads

“Didi dan keluarga berada di sini hari ini kerana mahu memberikan sokongan. Abang Saddiq dan keluarganya juga sering menyebut Didi dan keluarga, jadi kami saling memberikan sokongan terutama ketika berhadapan perkara seperti ini.

“Alhamdulillah, hari ini keputusan yang positif dan baik telah diperoleh, iaitu keputusan yang diinginkan oleh semua pihak. Didi hanya berasa sangat gembira,” kongsinya lagi.

Syed Saddiq Disifatkan Lelaki Budiman

Dalam pada itu, Didi turut tersentuh dengan sokongan tidak putus-putus yang diberikan orang ramai sepanjang kes berkenaan berlangsung.

Katanya, doa, kata-kata semangat dan harapan positif daripada orang ramai menjadi antara sumber kekuatan buat Syed Saddiq sepanjang melalui proses perundangan tersebut.

“Hampir Semua Orang Menitiskan Air Mata,” – Didi Astillah

Ads

“Sangat ramai yang mendoakan perkara yang baik-baik, memberikan semangat dan menyampaikan harapan serta kata-kata positif. Daripada apa yang Didi lihat, semua sokongan itu datang daripada para peminat mereka.

Anda mungkin berminat dengan

“Namun, orang yang Didi lihat paling kuat semangatnya ialah Abang Saddiq sendiri. Didi dapat melihat ketabahan dan semangatnya sepanjang melalui perjalanan ini,” katanya lagi.

Pada masa sama, Didi menyifatkan Syed Saddiq sebagai lelaki yang budiman dan sentiasa membawa pengaruh positif kepada individu di sekelilingnya.

“Berdasarkan apa yang Didi tahu dan sepanjang mengenali Abang Saddiq, dia seorang yang menghormati orang tua, sentiasa melakukan kebaikan dan memberikan tenaga serta pengaruh yang positif kepada orang di sekelilingnya.

“Didi rasa setiap kebaikan yang dilakukannya mungkin mendapat balasan melalui apa yang berlaku kepadanya. Hari ini, dia menerima kembali balasan tersebut dalam bentuk yang baik. Alhamdulillah,” akhirinya.

Terdahulu, Syed Saddiq dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan serta denda RM10 juta selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan.

Sabitan dan hukuman itu membabitkan dua pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan harta serta dua kesalahan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Baby Masih Bergantung Dengan Tube Pernafasan,” – Kai Hassan Bersyukur, Isteri...

Penyampai radio, Kai Hassan menzahirkan rasa syukur selepas isterinya, Azna Anowar selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan pada petang Selasa.
error: Hello. Cannot.