Ads

“Apa Yang Mereka Jawab, Terpulang Kepada Mereka. Itu Jawapan Daripada Hatinya,” – Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini tampil menjelaskan mengenai respons anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian selepas membalas komen seorang individu yang mengaitkan kejayaan diraih dengan bapanya, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak.

Rita berpendapat, apa yang dibalas Rayyan merupakan luahan jujur yang lahir daripada hatinya sendiri.

“Apa Yang Mereka Jawab, Terpulang Kepada Mereka. Itu Jawapan Daripada Hatinya,” - Rita Rudaini

“Memang agak lawak juga bila baca komen daripada Rayyan itu. Sebenarnya, pengalaman hidup saya ketika kecil juga sama seperti mereka.

“Apa yang mereka rasa, saya juga pernah merasainya. Rayyan dan adiknya ini, mereka cuma ada saya daripada kecil sehinggalah sekarang,” katanya menerusi temu bual bersama HLive.

Nafi Ajar Anak Membenci

Pelakon filem Mami Jarum Junior itu turut menambah bahawa anak-anaknya kini sudah dewasa dan mempunyai pandangan tersendiri terhadap setiap perkara.

Ads

“Apa Yang Mereka Jawab, Terpulang Kepada Mereka. Itu Jawapan Daripada Hatinya,” - Rita Rudaini

“Bila mereka sudah besar dan netizen asyik sebut-sebut mengenai isu ini, mereka sudah boleh membaca dan membalas.

“Apa yang mereka jawab itu, kena terima,” ujarnya.

Dalam masa sama, Rita menafikan dakwaan kononnya dia mengajar anak-anak berhubung perkara tersebut.

Ads

“Apa Yang Mereka Jawab, Terpulang Kepada Mereka. Itu Jawapan Daripada Hatinya,” - Rita Rudaini

“Kalau nak kata saya yang mengajar, sudah-sudahlah. Daripada dahulu lagi, saya kena kecam dan dituduh mengajar anak.

“Kalau saya ini mengajar anak perkara-perkara yang tidak elok, mereka tidak akan jadi seperti sekarang.

“Apa yang mereka jawab, itu terpulang kepada mereka. Itu jawapan daripada hatinya,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Terdahulu, nama Rayyan menjadi perhatian susulan kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan acara 110 meter lari berpagar di Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 sehingga menerima pujian ramai.

“Apa Yang Mereka Jawab, Terpulang Kepada Mereka. Itu Jawapan Daripada Hatinya,” - Rita Rudaini “Apa Yang Mereka Jawab, Terpulang Kepada Mereka. Itu Jawapan Daripada Hatinya,” - Rita Rudaini

Untuk rekod, Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 2008 sebelum bercerai lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram HLive & Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Amir Jahari Utamakan Karya Berbanding Relevansi, Bersyukur Pernah Menang AJL38 &...

Penyanyi dan komposer, Amir Jahari mendedahkan dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), meskipun pernah muncul sebagai juara menerusi lagu ciptaannya sendiri, Hasrat.