
Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah berkongsi kisah unik di sebalik pertemuannya dengan suami, Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey atau Diniey Ng, yang bermula secara tidak disangka ketika sesi siaran langsung di Instagram pada tahun 2020.
Menurut Didi atau nama penuhnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, dia ketika itu sekadar mahu mengajak seorang pengikut wanita menyertainya dalam sesi siaran langsung tersebut.
Bagaimanapun, sangkaannya meleset apabila individu yang dipilih sebenarnya ialah seorang lelaki yang ketika itu menetap di Korea Selatan.
Pertemuan secara maya itu akhirnya menjadi titik permulaan hubungan mereka sebelum membawa ke alam perkahwinan.
Bermula Dengan Salah Sangka
Menurut Didi, selepas pertemuan tersebut mereka mula berhubung, saling mengenali dan hubungan mereka semakin rapat dan meneruskan perhubungan secara serius.
“Detik awal perkenalan kami bermula ketika saya buat siaran langsung di Instagram pada tahun 2020. Masa itu saya saja nak pilih salah seorang pengikut untuk sertai live bersama saya.
“Saya pilih dia sebab ingatkan perempuan. Nama dia Diniey, jadi saya memang sangka dia wanita kerana ketika itu saya memang nak bersembang dengan pengikut perempuan.
“Tapi bila saya tekan ‘approve’, rupanya lelaki. Masa itu juga dia beritahu dia berada di Korea Selatan. Pada mulanya saya tak percaya, tapi memang betul dia sedang di sana.
“Kami mula berhubung, saling mengenali dan akhirnya menjadi semakin rapat. Selepas dua tahun, dia pulang ke Malaysia dan ketika itulah hubungan kami menjadi lebih serius sehingga membawa kepada perkahwinan,” katanya.
Didi berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai majlis pernikahannya yang berlangsung di Cyberjaya, pada Jumaat.

Baca Artikel Lain;
Diniey Azam Jadi Suami Terbaik
Dalam pada itu, Didi meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya berjalan dengan lancar dan berharap orang ramai mendoakan agar rumah tangga yang baru dibinanya kekal bahagia serta sentiasa diberkati.
“Doakan saya dapat menjadi isteri yang baik. Ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya. Saya masih dalam proses belajar dan menyesuaikan diri dengan fasa sebagai seorang isteri.
“Bersyukur juga segalanya dipermudahkan, terima kasih semua yang banyak membantu terutama keluarga.”
Sementara itu, Diniey turut memanjatkan rasa syukur apabila impiannya untuk mendirikan rumah tangga sebelum mencecah usia 30 tahun akhirnya menjadi kenyataan.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya memang merancang untuk berkahwin sebelum umur 30 tahun. Alhamdulillah, Allah permudahkan niat yang baik ini. Saya pun muda sedikit daripada Didi.
“Insya-Allah, dalam fasa perkahwinan ini saya akan berusaha menjadi suami yang terbaik buat Didi. Apabila dikurniakan zuriat nanti, saya juga mahu menjadi seorang bapa yang terbaik untuk anak-anak kami,” katanya lagi.
Terdahulu, Didi dan Diniey selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat di Cyberjaya pada Jumaat.
Didi menerima mas kahwin berjumlah RM300 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin lelaki.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

