
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menitipkan ucapan penuh bermakna buat adik tersayang yang juga pelakon, Didi Astillah, sempena majlis pernikahan Didi bersama pilihan hatinya, Dinie Ng atau Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey, sebentar tadi dengan sekali lafaz.
Bella mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia sehingga ke akhir hayat, selain berharap pasangan itu terus dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.
View this post on Instagram
“Kak Long sentiasa mendoakan kebahagiaan adik. Daripada kecil, kita sentiasa bersama-sama. Ketika ini, tak sangka adik sudah menjadi isteri orang.
“Semoga adik bahagia bukan sahaja sehingga hari tua tapi sampai ke jannah,” katanya kepada MH.
Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis akad nikah Didi dan Diniey yang berlangsung di sebuah premis acara di Cyberjaya, pada Jumaat.
Pesan Bella Buat Adik Yang Kini Bergelar Isteri
Dalam pada itu, Bella turut menitipkan pesanan agar Didi sentiasa bersabar dalam melayari alam rumah tangga serta berusaha menjadi isteri yang terbaik buat suami.
“Perjalanannya tidak akan sentiasa mudah. Tapi percayalah, kita mencari pasangan bukan untuk menjadi sempurna.
“Insya-Allah kita mahukan pasangan yang boleh sama-sama membimbing kita untuk hidup sampai ke hari tua.
“Jadilah isteri yang sentiasa bersabar. Jangan marah-marah dan sentiasa sayang suami. Bersama-samalah ketika susah, senang dan sakit. Jadilah isteri yang baik,” kongsinya lagi.
Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
Terdahulu, Didi selamat melangsungkan majlis pernikahannya bersama Diniey dengan hanya sekali lafaz.
View this post on Instagram
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Didi, Awang Astillah, di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Mohamad Nazri, dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Cyberjaya.
Anda mungkin berminat dengan
Pada majlis tersebut, Diniey menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 berserta lima dulang hantaran, manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin.
Untuk rekod, Didi sebelum ini mengumumkan majlis pertunangannya bersama Diniey pada Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

