
Pelakon Fasha Sandha tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut mengenai imej tular beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya tidak berhijab.
Menurut Fasha, sejak awal penampilannya yang dilihat mengenakan hijab lebih setahun lalu, dia memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut dan pendirian itu masih kekal sehingga kini.

“Sejak awal penampilan saya berhijab lebih setahun yang lalu, bila orang bertanya tentang imej saya, saya akan selalu menjawab ‘no comment’. Jika orang bertanya sekarang pun, jawapan saya tetap sama.
“Saya tidak pernah memberikan sebarang kenyataan tentang berhijab ini kerana saya tahu ia bukan mudah untuk diperjelaskan.
“Pada saya, ini perkara yang agak sensitif lebih-lebih lagi untuk kita menyentuh hal keagamaan. Saya tak cukup sempurna untuk memberikan komen. Ada banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki.
“Jika ada yang bertanya kenapa ada ketika saya tidak berhijab atau kenapa saya melakonan babak ‘free hair’? Jawapan saya hanyalah ‘no comment’,” katanya kepada MH.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada konsert suku akhir program Talk To My Manager Musim Ke-2 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Ahad.
Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu berharap orang ramai dapat memahami keadaannya dan memberinya ruang untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Saya rasa, pada masa sekarang, orang ramai boleh berhenti bertanyakan hal ini. Ia hanya akan membuang masa untuk menunggu jawapan saya.
“Apapun, terima kasih kerana ramai yang mengambil berat tentang saya. Terpulanglah kepada mereka yang menilai. Saya hanyalah orang biasa dan tidak dapat lari daripada membuat kesilapan,” ujarnya lagi.
Selesa Jadi Diri Sendiri, Tak Mahu Besarkan Kritikan Netizen
Mengulas mengenai komen-komen netizen yang mempertikaikan penampilannya, Fasha menegaskan dia memilih untuk menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak menjadikan perkara tersebut sebagai isu besar.

“Reaksi saya biasa sahaja dan saya tidak akan jadikan ia sebagai isu besar. Saya hanya menjalani kehidupan saya seperti biasa. Kalau boleh terima saya, terimalah.
Anda mungkin berminat dengan
“Kalau tidak boleh terima, tak mengapa. Bukan tugas saya untuk membuat orang memuji. Terpulanglah orang nak menilai bagaimana.
“Saya tidak berhutang apa-apa penjelasan kepada sesiapa pun. Kehidupan saya tetap begini. Bukan hak milik sesiapa. Saya adalah hak milik keluarga dan suami saya,” akhirinya.
Terdahulu, sejak beberapa hari lalu, tular beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan imej Fasha tidak berhijab ketika menjayakan satu babak dalam sebuah drama.
Perkara itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai status penghijrahannya sama ada dia masih kekal berhijab atau sebaliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

