
Saingan minggu ketujuh program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan kejutan besar apabila dua pasangan peserta, iaitu Azeva bersama Datuk A. Aida serta Anggrek bersama Adira diumumkan tersingkir dalam persaingan, malam tadi.
Suasana menjadi penuh emosi apabila Anggrek dan Azeva tidak dapat menahan sebak ketika membacakan surat yang ditujukan khas buat pengurus masing-masing.
Bagaimanapun, momen tersebut bertukar gamat apabila kedua-dua pasangan akhirnya diselamatkan menerusi penggunaan imuniti, sekali gus melayakkan mereka meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir, Ahad depan.
Imuniti Jadi Penyelamat
Kedua-dua juri tetap membuat keputusan menggunakan imuniti gold card untuk menyelamatkan pasangan Anggrek dan Adira daripada tersingkir.
View this post on Instagram
Dalam masa sama, pasangan Azeva dan Datuk A. Aida yang buat pertama kali berada dalam kelompok tiga terbawah pula turut menerima ‘talian hayat’ apabila pihak penaja mengambil keputusan menggunakan kuasa imuniti mereka pada minggu ini.
View this post on Instagram
Sementara itu, pasangan Kim Khairii dan Safura juga mampu menarik nafas lega selepas berjaya mengelakkan penyingkiran apabila menamatkan saingan di tangga kelima keseluruhan.
Hussain Nombor Satu, Vida Sumbang Wang Kemenangan
Dalam pada itu, pasangan Hussain dan Jamilul Hayat sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya merampas semula kedudukan pertama.
Jamilul Hayat turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Manager Paling Perform (MPP) buat minggu kedua berturut-turut.
View this post on Instagram
Tempat kedua pula menjadi milik pasangan Cik B dan Datuk Seri Vida yang turut merangkul Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie, sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta hamper.
Menariknya, Vida memaklumkan wang kemenangan tersebut akan disumbangkan kepada pasangan Safura dan Kim Khairii serta Jamilulhayat dan Hussain bagi membantu persiapan persembahan mereka untuk minggu hadapan.
View this post on Instagram
TTMM2 dihoskan oleh Aznil Nawawi dengan barisan juri tetap iaitu Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal. Turut menggalas tanggungjawab sebagai juri jemputan minggu ini ialah penyanyi, Misha Omar.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan menerusi pecahan markah sebanyak 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Anda mungkin berminat dengan
Saksikan Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

