
Pelakon merangkap Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, memaklumkan dia bakal melangsungkan majlis perkahwinan bersama kekasih hatinya yang juga bekas Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong, Jun tahun depan.
Berkongsi berita gembira itu, Hans mendedahkan dia dan Francisca telah mengikat tali pertunangan beberapa minggu lalu di Perancis, namun tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis tersebut.
“Pada awalnya saya ke sana untuk urusan kerja dan Francisca pun tidak tahu hasrat saya untuk bawa dia ke sana.
“Saya pun hanya menyuruh dia menyediakan pasport sahaja untuk menemani saya bekerja.
“Tentang majlis pula, setakat ini perancangannya pada pertengahan tahun depan.
“Kami akan mengadakan dua buah majlis iaitu di Kuala Lumpur dan Kuching kerana dia mempunyai ramai keluarga di sana.
“Ada proses juga daripada agama kami yang perlu diselesaikan. Kami perlu menghadiri beberapa kursus perkahwinan.
“Saya teruja dan gembira berkongsi akhirnya bertemu dengan cinta hati saya,” katanya ketika ditemui selepas program Meletop di Astro Bukit Jalil, semalam.
Sudah Tujuh Tahun Mengenali Francisca
Bercerita lanjut mengenai tunangnya, Hans mengakui mula jatuh cinta dengan keperibadian Francisca yang disifatkan sebagai seorang wanita mudah mesra serta bijak membawa diri ketika bersama keluarga dan rakan-rakan baiknya.
“Sebenarnya tiada orang tahu yang kami sudah lama berkawan, sudah tujuh tahun mengenali dia.
“Hubungan kami berlaku secara ‘natural’, dan akhirnya saya memulakan langkah untuk ke fasa seterusnya.
“Saya suka tengok dia boleh bergaul dan lepak dengan kawan-kawan saya. Kalau nak bawa ke majlis rasmi pun dia pandai bawa diri.
“Francisca pun sudah rapat dengan keluarga saya. Itu paling penting kerana saya mahu teman hidup yang boleh bergaul dan menyayangi keluarga saya,” jelasnya lagi.


Baca Artikel Lain;
Anda mungkin berminat dengan
Kongsi Berita Gembira
Untuk info, Isnin lalu, Hans mengumumkan dirinya kini selangkah ke jenjang pelamin selepas mengikat tali pertunangan dengan ratu cantik, Francisa Luhong James.
Perkhabaran tersebut dikongsikan Hans menerusi hantaran di Instagram pada Isnin, lengkap dengan gambar cincin pertunangan dan kapsyen ringkas yang penuh bermakna.
Menerusi perkongsian itu Hans antara lain menyifatkan lamaran tersebut sebagai keputusan terbaik yang pernah dilakukannya.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


