Ads

Hazama Tak Dapat Sertai GVF Susulan Komitmen Kerja – “Bila Lihat Semula Pada Tarikh-Tarikh, Ada Yang Bercanggah.”

Penyanyi, Hazama menafikan dakwaan dirinya merajuk atau tidak bersetuju dengan terma-terma yang ditetapkan sehingga terpaksa menolak tawaran untuk menyertai program Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Menurut Hazama, dia dan pihak Astro telah mengadakan perbincangan.

Bagaimanapun, dia tidak dapat memberikan komitmen penuh susulan jadual kerja yang padat menjelang penghujung tahun selain mempunyai komitmen kerja yang sudah dipersetujui lebih awal.

Hazama Tak Dapat Sertai GVF Susulan Komitmen Kerja - “Bila Lihat Semula Pada Tarikh-Tarikh, Ada Yang Bercanggah.”

“Pihak Astro ada berbincang dengan saya tentang program tersebut. Namun, bila masuk sahaja hujung tahun, sebagai penyanyi, jadual kita terlalu sibuk. Ada tawaran yang kita sudah setuju 100% dan 50%.

“Dari segi etika, kita sudah berjanji dengan orang lain. Bila lihat semula pada tarikh-tarikh untuk program tersebut, ada yang bercanggah.

Ads

“Jadi, saya merasakan tak boleh nak berikan komitmen penuh. Saya bukan merajuk atau ada sebab-sebab lain yang buat saya tolak tawaran ini,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Relakan Jiwa itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5 di Restoran Bendang, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Setiap Penyanyi Ada Perspektif & Matlamat

Mengulas lanjut mengenai pandangan segelintir pihak terhadap GVF, Hazama berpendapat setiap penyanyi mempunyai perspektif dan matlamat tersendiri apabila menyertai program berkenaan.

Ads

Hazama Tak Dapat Sertai GVF Susulan Komitmen Kerja - “Bila Lihat Semula Pada Tarikh-Tarikh, Ada Yang Bercanggah.” Hazama Tak Dapat Sertai GVF Susulan Komitmen Kerja - “Bila Lihat Semula Pada Tarikh-Tarikh, Ada Yang Bercanggah.”

“Setiap orang ada perspektif sendiri tentang program tersebut. Ada orang yang melihat program itu sebagai platform untuk ‘comeback’. Ada juga yang melihatnya sebagai tawaran kerja yang biasa dilakukan sebagai penyanyi.

“Pada saya, perjuangan setiap penyanyi itu berbeza. Ada sesetengah yang menyanyi demi kelangsungan dan ada juga yang menyanyi demi membuktikan sesuatu.

Ads

“Jadi, ia bergantung kepada individu,” akhirinya bakal menjadi antara penyanyi jemputan yang menjayakan konsert Magnum Opus: M Nasir Dekad Ke-5 di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), pada 5 Disember ini.

Anda mungkin berminat dengan

Sebelum ini, ketiadaan Hazama yang juga juara Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan dalam senarai peserta GVF mengundang persoalan, terutama dalam kalangan peminat program realiti nyanyian itu.

Hazama Tak Dapat Sertai GVF Susulan Komitmen Kerja - “Bila Lihat Semula Pada Tarikh-Tarikh, Ada Yang Bercanggah.”

GVF mula bersiaran pada 8 November lalu dengan menghimpunkan juara serta bekas peserta Akademi Fantasia.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Mawi Akui Berat Nak Sebut Tagline ‘World’ Di GVF, Rasa Segan!...

Penyanyi, Mawi tampil menjelaskan sebab dirinya dilihat agak keberatan untuk menyebut ‘tagline’ popularnya, ‘World’ ketika diperkenalkan pada konsert minggu kedua Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Ahad lalu.