Ads

Hans Isaac Bertunang Dengan Ratu Cantik Francisca Luhong, Akui Lamaran Antara Keputusan Terbaik Dalam Hidup – “She Said Yes!”

Pelakon yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama ratu cantik, Francisca Luhong James.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hans meluahkan rasa teruja selepas lamarannya diterima Francisca, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupan mereka berdua.

Akui Lamaran Antara Keputusan Terbaik Dalam Hidup

Menurut Hans, keputusan melamar bekas Miss Universe/Malaysia itu merupakan antara keputusan terbaik yang pernah dibuatnya.

“She said yes! Menuju kehidupan selamanya bersama awak, bakal isteri saya yang berketurunan Kayan/Iban.

“Ini keputusan terbaik yang pernah saya buat dan dia bersetuju menerima lamaran saya,” tulisnya.

Ads

Dalam perkongsian sama, Hans turut berseloroh bahawa persoalan mengenai bilakah dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi akan berakhir.

“Sekarang, dia akan selamanya bersama saya. Tiada lagi soalan… ‘Hans, bila nak kahwin?’” selorohnya.

Hans Isaac Bertunang Dengan Ratu Cantik Francisca Luhong, Akui Lamaran Antara Keputusan Terbaik Dalam Hidup - “She Said Yes!” Hans Isaac Bertunang Dengan Ratu Cantik Francisca Luhong, Akui Lamaran Antara Keputusan Terbaik Dalam Hidup - “She Said Yes!” Hans Isaac Bertunang Dengan Ratu Cantik Francisca Luhong, Akui Lamaran Antara Keputusan Terbaik Dalam Hidup - “She Said Yes!”

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/farah-breep-breep-tunggu-peluang-masuk-gv-sejak-12-tahun-lalu-menangis-sebaik-terima-berita-bila-nampak-linda-nanuwil-bertanding-idea-itu-datang-kembali/

Francisca Pernah Wakili Malaysia Ke Miss Universe 2020

Untuk rekod, Francisca Luhong James merupakan anak jati kelahiran Kuching, Sarawak yang juga seorang model dan ratu cantik.

Ads

Dia pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 sebelum mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2020.

Anda mungkin berminat dengan

Berita gembira itu turut menerima pelbagai reaksi positif daripada rakan-rakan industri dan peminat yang tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah serta menzahirkan rasa gembira atas berita pertunangan pasangan berkenaan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Nabila Razali Teruja Lihat Semangat 1,500 Mahasiswa, Imbau Kenangan Zaman Belajar...

Penyanyi Nabila Razali menyifatkan peluang menghiburkan mahasiswa anak Pahang menerusi Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st, sebagai pengalaman menyeronokkan. Melihat semangat dan keterujaan...