Ads

GV Fantasia: Stacy Tertinggi 66.80%, Shahir Paling Corot Dengan 42.23%… 25 Nama Berpontensi Rebut Rezeki ‘Hot Seat’ Turut Diumumkan

Pentas Gegar Vaganza Fantasia (GV Fantasia) membuka tirainya dengan menyaksikan sembilan peserta berentap menerusi konsert minggu pertama yang berlangsung malam tadi.

Membawakan tema ‘Family Day Di Puncak’, konsert pembukaan itu mengetengahkan lagu-lagu kemenangan yang pernah dipersembahkan para juara program realiti nyanyian, Akademi Fantasia (AF).

Stacy menduduki tangga pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 66.80 peratus, sekali gus mengungguli persaingan minggu pengenalan.

Kedudukan kedua pula menjadi milik Mila yang meraih 66.51 peratus, hanya dibezakan dengan Stacy sebanyak 0.29 peratus.

Sementara itu, Mawi yang menyampaikan lagu Aduh Saliha pula berada di tempat ketiga dengan 56.32 peratus, diikuti Faizul di kedudukan keempat menerusi 55.83 peratus.

Faizal pula menduduki tangga kelima dengan 52.76 peratus, manakala Zahid berada di tempat keenam selepas memperoleh 51.11 peratus.

Berikut ialah markah mengikut kedudukan bagi semua peserta bertanding;

GV Fantasia: Stacy Tertinggi 66.80%, Shahir Paling Corot Dengan 42.23%… 25 Nama Berpontensi Rebut Rezeki ‘Hot Seat’ Turut Diumumkan GV Fantasia: Stacy Tertinggi 66.80%, Shahir Paling Corot Dengan 42.23%… 25 Nama Berpontensi Rebut Rezeki ‘Hot Seat’ Turut Diumumkan

GV Fantasia: Stacy Tertinggi 66.80%, Shahir Paling Corot Dengan 42.23%… 25 Nama Berpontensi Rebut Rezeki ‘Hot Seat’ Turut Diumumkan

GV Fantasia: Stacy Tertinggi 66.80%, Shahir Paling Corot Dengan 42.23%… 25 Nama Berpontensi Rebut Rezeki ‘Hot Seat’ Turut Diumumkan GV Fantasia: Stacy Tertinggi 66.80%, Shahir Paling Corot Dengan 42.23%… 25 Nama Berpontensi Rebut Rezeki ‘Hot Seat’ Turut Diumumkan

Ads

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/gv13-bawa-kembali-fenomena-af-stacy-vince-mawi-barisan-bintang-af-bakal-gegarkan-pentas-4-lagi-peserta-diumumkan-minggu-pertama/

Warna-Warni Minggu Pertama

Bagi konsert minggu pertama ini, barisan juri tetap terdiri GV Fantasia daripada maestro muzik, Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Membuka tirai persembahan, lagu ‘Menuju Puncak’ dan ‘Gegar Vaganza’ dipersembahkan oleh ALPHA sambil diiringi pengacara, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Penyanyi Iskandar Ismail dan Nubhan pula menggalas tanggungjawab menyampaikan lagu-lagu pengenalan barisan pesertq yang bertanding.

Berlangsung selama 11 minggu, GV Fantasia yang turut dikenali sebagai ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Turut diumumkan malam tadi ialah 25 barisan bintang alumni yang mempunyai potensi untuk mengisi empat  ‘Hot Seat GV Fantasia’ menerusi undian peminat iaitu;

Ads

Khai, Azizi (AF1)

Adam, Farah Anuar (AF2)

Felix, Amylea Azizan (AF3)

Farhan, Velvet (AF4)

Ebi Kornelis, Aswad (AF5)

Riz Zaizizi, Toi (AF6)

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Aril Pilus, Isma, Akim (AF7)

Daus, Maulana (AF8)

Lena, Fyna Jebat (AF9)

Aman Aziz, Ewal (AF2014)

Billa Najmi, Afi (AF2015)

Amal, Ara Johari (AF2016)

Program nyanyian realiti ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Diva M Kini Tukar Jadi Divo M – “Kalau Keluarga Mereka...

Usahawan penjagaan rambut yang juga pempengaruh, Mohd Muzakir yang sebelum ini dikenali sebagai Diva M, mengumumkan pertukaran namanya kepada Divo M menerusi siaran langsung...