Ads

Diva M Kini Tukar Jadi Divo M – “Kalau Keluarga Mereka Minta Saya Gunakan Nama Mohd Muzakir, Tapi…”

Usahawan penjagaan rambut yang juga pempengaruh, Mohd Muzakir yang sebelum ini dikenali sebagai Diva M, mengumumkan pertukaran namanya kepada Divo M menerusi siaran langsung program MeleTOP, baru-baru ini.

Menariknya dalam siaran sama, jenama yang diasaskannya, HEADS Professional turut diumumkan sebagai penaja rasmi dan diperkenalkan sebagai Rakan Gaya Rambut Gegar Vaganza Fantasia.

Pengumuman nama baharu itu dibuat secara spontan ketika pengacara, Namie baru sahaja ingin mengajukan soalan pertama kepadanya.

Baginya, penglibatan dalam program yang memberi peluang kepada penyanyi untuk kembali ke pentas itu hadir pada waktu tepat untuk memulakan lembaran baharu dalam kehidupannya.

“Keputusan untuk menukar nama daripada Diva M kepada Divo M dibuat kerana sebelum ini ada netizen yang meminta saya menukar nama dan tidak menggunakan nama Diva lagi.

“Jadi, saya ambil peluang itu untuk tidak meneruskan nama Diva. Dalam kehidupan pun, saya sudah diberikan peluang kedua.

“Insya-Allah, nama Divo M ini akan kekal dan orang pun mungkin rasa ia lebih sedap didengar serta sesuai dengan kehidupan baharu saya.

“Saya akan cuba menjadi yang terbaik pada masa akan datang. Sayang juga sebab ramai yang sudah mengenali saya sebagai Diva M.

Ads

“Tetapi apabila fikir semula, kalau nak menjadi lebih baik, biarlah yang lama itu menjadi kenangan,” katanya kepada media sejurus program MeleTOP.

Diva M Kini Tukar Jadi Divo M – “Kalau Keluarga Mereka Minta Saya Gunakan Nama Mohd Muzakir, Tapi…”

Diva M Kini Tukar Jadi Divo M – “Kalau Keluarga Mereka Minta Saya Gunakan Nama Mohd Muzakir, Tapi…” Diva M Kini Tukar Jadi Divo M – “Kalau Keluarga Mereka Minta Saya Gunakan Nama Mohd Muzakir, Tapi…”

Diva M Kini Tukar Jadi Divo M – “Kalau Keluarga Mereka Minta Saya Gunakan Nama Mohd Muzakir, Tapi…”

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/pempengaruh-diva-m-santuni-potong-rambut-percuma-warga-emas-sebak-teringat-arwah-ayah-allah-beri-saya-peluang-yang-sangat-besar/

https://www.mediahiburan.my/diva-m-buang-implan-payudra-selepas-15-tahun-syukur-tak-buat-pembedahan-kekal-saya-pernah-mimpi-mati-dalam-keadaan/

Semangat Peluang Kedua Dorong Penglibatan Dalam GV Fantasia

Antara sebab Divo M memilih untuk membawa jenamanya ke Gegar Vaganza Fantasia adalah kerana peluang yang diberikan kepada penyanyi yang pernah mencipta nama untuk kembali membuat persembahan di hadapan penonton.

Dia turut melihat persamaan antara kesempatan yang diberikan kepada mereka untuk membuktikan kemampuan sekali lagi dengan peluang yang diterimanya untuk memperbaiki diri dan membina masa depan.

Ads

Persamaan itulah yang terlintas di fikirannya ketika siaran berlangsung. Jika pentas itu membuka ruang kepada para penyanyi untuk kembali berkarya, beliau juga mahu menggunakan peluang yang ada untuk menentukan bagaimana dirinya akan dikenali selepas ini.

Anda mungkin berminat dengan

Divo M turut menghargai nama yang selama ini memperkenalkannya kepada masyarakat serta berterima kasih kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan sepanjang melalui perubahan tersebut.

“Kalau keluarga mereka minta saya menggunakan nama Mohd Muzakir, tetapi bagi saya nama itu kurang catchy dalam industri. Lebih baik saya dikenali sebagai Divo M,” katanya lagi.

Menerusi segmen Rahsia Rambut WOW!, Divo M bakal membawa penonton melihat persediaan peserta sebelum konsert, termasuk proses pemilihan gaya rambut bagi melengkapkan penampilan mereka.

Dalam perkembangan lain, Divo M turut merancang untuk mengeluarkan single sendiri selain bakal menjalani penggambaran sebuah projek pada Disember depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Hafiz Suip Sahkan Tidak Sertai GV Fantasia, Fiona Kini Sedang Hamil...

Tampil menjawab teka-teki, penyanyi popular, Hafiz Suip mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam program realiti Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang bakal memulakan saingan malam ini.