Ads

Baga: Esok Milik Siapa; “Bukan Cuba Menjadi ‘Polis’ Moral, Saya Melihat Perkara Ini Sebagai Satu Kebimbangan,” – Ariff Zulkarnain

Mengangkat isu sensitif berkaitan gejala penyalahgunaan dadah di Terengganu menerusi filem Baga: Esok Milik Siapa, pengarahnya, Ariff Zulkarnain berharap karya berkenaan bukan sekadar menjadi medium hiburan semata-mata.

Sebaliknya, dia mahu naskhah tersebut membuka mata masyarakat terhadap realiti sebenar yang berlaku, sekali gus menyampaikan mesej dan pengajaran yang mampu memberikan kesedaran kepada penonton.

Baga: Esok Milik Siapa; “Bukan Cuba Menjadi ‘Polis’ Moral, Saya Melihat Perkara Ini Sebagai Satu Kebimbangan,” - Ariff Zulkarnain Baga: Esok Milik Siapa; “Bukan Cuba Menjadi ‘Polis’ Moral, Saya Melihat Perkara Ini Sebagai Satu Kebimbangan,” - Ariff Zulkarnain

“Bila bercakap soal kontroversi, sudah tentu isu ini agak sensitif dan orang susah nak mengangkat isu berkaitan dadah untuk dipaparkan kepada umum.

“Malah, ada yang menganggap karya ini susah untuk dijual dan mereka lebih memilih genre yang lain.

“Apalah guna saya sebagai seorang pembikin kalau saya hanya mengarahkan dan menerbitkan cerita untuk memberikan hiburan semata-mata dan bukan untuk memberikan sumbangan dan pengajaran kepada masyarakat.

“Bagilah saya peluang sekali sahaja untuk hasilkan karya seperti ini dalam filem Baga,” katanya kepada MH.

Ariff berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan gala filem Baga: Esok Milik Siapa yang berlangsung di TGV, Pavilion Damansara Heights, pada Isnin.

Ads

Watak Jani Diinspirasikan Karya Sastera Terengganu

Mengulas lanjut, Ariff berkata pembentukan watak Jani yang dijayakan pelakon Amir Ahnaf turut diinspirasikan daripada pembacaannya terhadap karya sastera Terengganu, selain pemerhatian peribadi terhadap isu sosial dan permasalahan setempat di negeri kelahirannya itu.

Malah, Ariff mengakui realiti yang berlaku cukup membimbangkan, apatah lagi apabila statistik berkaitan penyalahgunaan dadah di Terengganu menunjukkan angka yang tidak boleh dipandang ringan.

Baga: Esok Milik Siapa; “Bukan Cuba Menjadi ‘Polis’ Moral, Saya Melihat Perkara Ini Sebagai Satu Kebimbangan,” - Ariff Zulkarnain Baga: Esok Milik Siapa; “Bukan Cuba Menjadi ‘Polis’ Moral, Saya Melihat Perkara Ini Sebagai Satu Kebimbangan,” - Ariff Zulkarnain

“Bagaimana saya membentuk watak Jani? Ia lahir daripada bacaan dan sastra Terengganu tulisan T. Alias Taib. Ia juga terhasil daripada pemerhatian saya terhadap masalah-masalah setempat di negeri kelahiran saya.

“Di awal filem, saya ada buat penafian yang karya ini bukanlah bertujuan untuk mengangkat gejala dadah. Namun, fakta yang harus kita telan adalah untuk berani bercakap benar.

Ads

“Statistik AADK mengenai dadah di negeri Terengganu pada 2025, setiap 100,000 isi rumah, ada 975 penagih dadah. Hampir 70 peratus mengambil dadah jenis Metamfetamin seperti syabu dan pil kuda,” kongsinya lagi.

Mangsa Keadaan?

Lantaran itu, Ariff berharap filem Baga: Esok Milik Siapa dapat membuka mata masyarakat terhadap isu penyalahgunaan dadah, selain menyampaikan pengajaran agar penonton lebih memahami kesan buruk gejala berkenaan terhadap individu, keluarga dan komuniti setempat.

Baga: Esok Milik Siapa; “Bukan Cuba Menjadi ‘Polis’ Moral, Saya Melihat Perkara Ini Sebagai Satu Kebimbangan,” - Ariff Zulkarnain Baga: Esok Milik Siapa; “Bukan Cuba Menjadi ‘Polis’ Moral, Saya Melihat Perkara Ini Sebagai Satu Kebimbangan,” - Ariff Zulkarnain

“Saya bukan mencuba menjadi polis moral, saya melihat perkara ini sebagai satu kebimbangan. Bagi saya penagih dadah itu bukan jenayah. Penagih dadah adalah mangsa keadaan dan sebuah sistem.

Ads

“Mereka juga mangsa ketidakcukupan pendidikan. Apa yang mereka buat selepas itu yang menjadikan ia jenayah. Kerana itu kita dengar kes samun, pecah rumah, ragut dan sebagainya.

Anda mungkin berminat dengan

“Mereka tidak berfikir panjang dan hanya menyedarinya bila semuanya sudah berlaku. Apa yang mereka lakukan menerupakan lumrah manusia yang suka mencuba.

“Saya risau kerana saya ada keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang tinggal di Terengganu. Saya tak mahu mereka jadi mangsa,” akhirinya.

Baga: Esok Milik Siapa bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 5 November ini.

Baga: Esok Milik Siapa; “Bukan Cuba Menjadi ‘Polis’ Moral, Saya Melihat Perkara Ini Sebagai Satu Kebimbangan,” - Ariff Zulkarnain

Filem terbitan Indigo Films dan Skop Production itu dibintangi barisan pelakon seperti Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su, Mat Over dan Idham Maulana.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Orang Ingat Saya Kena Belasah Dengan…,” – Siti Nurhaliza Kongsi Insiden...

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur apabila kecederaan pada bahagian wajah akibat terjatuh ketika sesi latihan Konsert Tradisional Gema Bumantara, lima hari sebelum persembahan berlangsung, tidak serius.