
Pelakon, Zahirah Macwilson tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan hantarannya sebelum ini yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat, sekaligus menjadi sorotan di media sosial.
Kata Zahirah menerusi hantaran video yang dikongsikan di Instagram, sebagai figura awam, dia seharusnya lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan dan pandangan yang dikongsikan kepada umum.

“Saya amat menghormati kepelbagaian budaya, agama dan kepercayaan yang menjadikan masyarakat kita begitu indah.
“Saya akui bahawa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini tidak tepat, tidak sensitif terhadap budaya serta sama sekali tidak wajar.
“Sebagai seorang figura awam, saya seharusnya lebih berhati-hati dan peka terhadap setiap kata-kata yang dilontarkan, khususnya apabila melibatkan perkara berkaitan agama, kepercayaan dan tradisi,” katanya.
Baca Artikel Lain;
Zahirah Hargai Teguran & Terima Pandangan Dengan Hati Terbuka
Zahirah antara lain turut menjelaskan, insiden berkenaan menjadi satu pengajaran besar buat dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas segala kenyataan yang telah dikeluarkan. Saya benar-benar memohon maaf atas kejahilan dan kekhilafan saya.
“Saya komited untuk terus mendengar, belajar dan bermuhasabah agar dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil memberikan teguran serta meluangkan masa untuk menyampaikan pandangan masing-masing berhubung isu berkenaan.

“Terima kasih kepada semua yang telah menegur serta menghubungi saya, sama ada dengan mesej positif mahupun negatif.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya menerima setiap teguran tersebut dengan hati terbuka.
“Sekali lagi, saya benar-benar memohon maaf atas kenyataan yang telah dikeluarkan. Ini merupakan satu pengajaran besar buat diri saya. Terima kasih,” akhirinya.
Berikut adalahkenyataan penuh daripadanya;
View this post on Instagram
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


