Ads

“Saya Sedikit Sedih Tapi Tak Mengapa…,” – Tomok Hormat Keputusan Shuk, Pintu Untuk Kembali Bersama New Boyz Sentiasa Terbuka

Penyanyi, Tomok mendedahkan dirinya sudah menerima maklum balas daripada bekas anggota New Boyz, Shuk yang memaklumkan tidak berminat untuk menyertai Konsert New Boyz ‘Meraung’ Live In Singapore yang bakal berlangsung pada 5 Disember ini.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, Shuk turut menitipkan ucapan selamat maju jaya serta mendoakan agar konsert berkenaan berjalan lancar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

“Pagi tadi, saya membacakan kenyataan balas daripada Syuk menerusi platform Tik Tok. Dia mengatakan yang dia tidak berminat dan mengucapkan selamat maju jaya buat New Boyz.

“Dia juga ada menghantarkan mesej peribadi kepada saya setelah sekian lama saya mencari dia. Dia juga bercakap hal yang sama seperti mana di Tik Tok.

“Katanya dia sibuk dengan kerja dan keluarga,” katanya.

Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang itu menerusi satu hantaran di Instagram pada pagi Isnin.

Ads

Hormati Keputusan Shuk, Masih Terbuka Jika Berubah Fikiran

Meskipun berasa agak sedih, Tomok berkata dia tetap menghormati pendirian Shuk dan tidak mahu terlalu memaksa bekas anggota kumpulannya itu.

“Saya Sedikit Sedih Tapi Tak Mengapa…,” - Tomok Hormat Keputusan Shuk, Pintu Untuk Kembali Bersama New Boyz Sentiasa Terbuka

Bagaimanapun, Tomok tidak menutup pintu sekiranya Shuk berubah fikiran dan terbuka hati untuk kembali menyertai New Boyz.

“Jadi, saya hormat keputusan dia. Saya ada membalas mesejnya dan bagitahu yang saya masih mengharapkan seandainya dia terbuka hati, hubungi sahajalah saya.

Ads

“Sampai di situ sahajalah ceritanya. Semua ini hanyalah untuk mengimbau kenangan bersama anda semua yang membesar dengan lagu-lagu kami.

“Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tiada, nak buat macam mana? Saya tetap kena teruskan. Kita kena sokong mana yang ada ini. Ketika ini, kami berenam.

“Harap peminat New Boyz faham. Saya sudah cuba bertahun-tahun. Namun, keputusannya tetap begitu.

“Jadi, kita kena terima. Saya ada sedikit sedih tapi tak mengapa. Saya harap anda terus memberikan sokongan,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Tomok Pernah Cari Shuk Hingga Ke Kawasan Perumahan

Terdahulu, menjelang konsert kumpulan berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember depan, Tomok turut berusaha mencari Shuk di kawasan perumahan serta bertemu dengan ibu bekas anggota kumpulan itu, namun masih belum mendapat jawapan.

“Saya Sedikit Sedih Tapi Tak Mengapa…,” - Tomok Hormat Keputusan Shuk, Pintu Untuk Kembali Bersama New Boyz Sentiasa Terbuka

Menurut Tomok, kehadiran Shuk amat bermakna buat peminat memandangkan pemuzik itu terbabit dalam rakaman dua album terawal New Boyz yang memuatkan beberapa lagu popular kumpulan berkenaan sebelum posisinya digantikan Zack.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Tomok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Aniq Suhair

“Bukan Mudah Sebenarnya,” – Pernah Terpaksa Lepaskan Kelas Sebab Komitmen Kerja,...

Pelakon, Aniq Suhair membuktikan kesibukan membina kerjaya dalam industri seni bukan penghalang untuk merealisasikan impiannya apabila berjaya menggenggam segulung ijazah selepas menamatkan pengajian Bachelor...