Ads

Dr. Fie Terharu Dikurniakan Suami Sporting, Ikuti Sahaja Kehendak Sepanjang Majlis Raja Sehari – “Tak Pernah Merungut, Apatah Lagi Nak…”

Usahawan dan pempengaruh, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengakui terharu dengan layanan suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar yang sentiasa sabar serta memenuhi segala kehendaknya sepanjang persiapan majlis pernikahan mereka pada 1 November lalu.

Menurut Afifah atau lebih mesra disapa Dr. Fie, suaminya tidak pernah merungut sepanjang proses persiapan perkahwinan, sebaliknya sentiasa memberikan kerjasama dan menyokong setiap perancangan yang diatur.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Dr. Fie meluahkan rasa penghargaan terhadap sikap suaminya yang sentiasa memahami dan memberikan sokongan tanpa banyak soal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DrFie Tawfek (@drfietawfek)

“Buat suami tersayang, terima kasih sebab sangatlah sporting sepanjang perjalanan persiapan perkahwinan kita.

“Saya tahu semuanya agak hectic, penat dan kadand-kadang overwhelming, tapi awak tak pernah merungut, apatah lagi nak bertekak dengan saya.

“Awak hanya ikut dan sokong apa sahaja yang saya dan keluarga rancang,” tulisnya.

Hargai Kesabaran Suami Layan Sesi Video & Photoshoot

Dalam masa sama, Dr. Fie turut tersentuh melihat kesediaan suaminya untuk bersama-sama menghasilkan kandungan media sosial, selain tidak kekok melayan setiap permintaannya sepanjang sesi rakaman video dan fotografi.

Malah, dia menghargai sikap Amrul yang sentiasa tenang dan sabar meskipun perlu mengikut pelbagai arah serta permintaan sepanjang sesi berkenaan.

Dr. Fie Terharu Dikurniakan Suami Sporting, Ikuti Sahaja Kehendak Sepanjang Majlis Raja Sehari - “Tak Pernah Merungut, Apatah Lagi Nak…”

Ads

“Saya sangat hargai bila awak ikut sekali buat konten.

“Macam sudah biasa pula. Terima kasih sebab tak pernah buat saya rasa bersalah dengan kerja dan minat yang saya buat.

“Terima kasih sebab maintain cool dan sabar melayan berjam-jam sesi video dan photoshoot saya. Dari satu angle ke satu angle, dari satu video ke video yang lain, awak tetap layan. Terima kasih baby.

“Dan paling saya hargai, terima kasih untuk kejutan manis itu. Awak twirl baju wedding saya yang cantik itu.

“Nampak macam simple but percayalah, momen macam itu sangat bermakna untuk saya. Hal-hal kecil inilah yang buat segala jadi istimewa,” ujarnya lagi.

Ads

Tambah Dr. Fie, kehadiran Amrul bukan sahaja memudahkan segala urusan persiapan perkahwinan, malah menjadikan setiap detik yang dilalui lebih manis dan bermakna buat mereka berdua.

Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Mengakui bukan mudah untuk suaminya melayani segala kerenah serta idea yang dicetuskan sepanjang persiapan tersebut, Dr. Fie bagaimanapun bersyukur kerana Amrul sentiasa memberikan sokongan dan menjadi teman terbaik buat dirinya.

Dr. Fie Terharu Dikurniakan Suami Sporting, Ikuti Sahaja Kehendak Sepanjang Majlis Raja Sehari - “Tak Pernah Merungut, Apatah Lagi Nak…”

“Saya tahu bukan mudah nak melayan segala kerenah dan idea saya sepanjang persiapan ni tapi awak buat perjalanan ini jadi lebih manis.

“Terima kasih kerana sentiasa menjadi penyokong terbesar saya, teman untuk setiap pengembaraan kecil kita dan kini, suami saya. Saya cintakan awak,” akhirinya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Untuk rekod, majlis pernikahan pasangan itu disempurnakan oleh bapa Dr. Fie, sekali gus menyaksikan mereka sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Menerusi majlis berkenaan, Dr. Fie menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.

Media sebelum ini melaporkan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi sudah mengikat tali pertunangan dengan pasangan pilihannya itu.

Terdahulu, Dr. Fie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Nubhan pada 29 Ogos 2015 sebelum mereka bercerai talak dua pada Disember lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aafan dan Afzan Nayille.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, Khulafa Studio & Hansimofficial

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Zara Zya

Zara Zya Kini Utamakan Simpanan & Belajar Manfaat Beli Emas… Dulu...

Pelakon Zara Zya akui kini lebih selesa menjalani kehidupan sederhana dan tidak lagi menjadikan barangan berjenama sebagai keutamaan. Sebaliknya, dia memilih untuk lebih mengutamakan simpanan...