Ads

Akim Ahmad Sertai GVF Untuk Timba Ilmu Baharu, Sedia Bersaing Dengan Stacy – “Ibu Mentua Tawar Diri Jaga Anak-Anak, Syukur…”

Komposer dan penyanyi, Akim Ahmad menyifatkan penyertaannya dalam Gegar Vaganza Fantasia (GVF) sebagai peluang untuk menimba ilmu baharu, sekali gus memperkukuh dan mencorakkan lagi perjalanan kerjayanya sebagai anak seni selepas ini.

Menurut Akim, pada awalnya dia berharap agar kesemua juara Akademi Fantasia (AF) dapat menyertai program berkenaan.

Bagaimanapun, dia akhirnya mengambil keputusan untuk mencuba nasib menerusi slot ‘hot seats’ yang dibuka oleh pihak Astro.

Akim Ahmad Sertai GVF Untuk Timba Ilmu Baharu, Sedia Bersaing Dengan Stacy - “Ibu Mentua Tawar Diri Jaga Anak-Anak, Syukur…” Akim Ahmad Sertai GVF Untuk Timba Ilmu Baharu, Sedia Bersaing Dengan Stacy - “Ibu Mentua Tawar Diri Jaga Anak-Anak, Syukur…”

“Sejujurnya, apa yang saya suka mengenai program GVF ini adalah kerana mereka mengumpulkan barisan juara Akademi Fantasia. Saya memang berharap sangat semua juara masuk bertanding.

“Namun, bila ada juara yang tak masuk dan dibukakan pula slot ‘hot seats’, saya bersetuju untuk masukkan nama saya pada saat akhir.

“Saya melihat program GVF ini sebagai satu proses pembelajaran. Dengan adanya Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang, saya dapat mencari ilmu baharu dan mencorakkan lagi perjalanan kerjaya saya,” katanya kepada MH.

Pemenang tempat ketiga AF7 itu berkata demikian ketika ditemui pada konsert minggu kedua GVF, baru-baru ini.

Tambahnya, minat mendalam terhadap bidang muzik dan persembahan menjadi antara faktor yang mendorong dirinya untuk mencabar kemampuan diri menerusi pertandingan nyanyian realiti itu itu.

Akim Ahmad Sertai GVF Untuk Timba Ilmu Baharu, Sedia Bersaing Dengan Stacy - “Ibu Mentua Tawar Diri Jaga Anak-Anak, Syukur…”

Ads

“Seperti semua tahu, peminat nak melihat juara-juara bertanding. Setiap daripada juara ini, ada peminat yang tersendiri.

“Bila Hafiz tiada di program ini, saya merasakan apa salahnya saya mencuba untuk bertanding dengan mereka.

“Tiada perkara lain lagi yang saya boleh buat. Saya ada juga dapat tawaran lakonan tapi saya terlalu meminati bidang nyanyian dan muzik.

“Selain daripada buat persembahan di luar, apa lagi yang boleh saya buat? Jadi, perkara-perkara seperti inilah yang menghadirkan keterujaan dalam diri saya,” katanyq lagi.

Ibu Mentua Tawar Diri Jaga Anak-Anak

Dalam pada itu, Akim meluahkan rasa syukur apabila penyertaannya dalam GVF bersama isteri yang juga penyanyi, Stacy, mendapat sokongan padu seluruh keluarga.

Malah, ibu mentuanya turut menawarkan diri untuk menjaga cucu-cucunya sepanjang tempoh mereka bertanding.

Akim Ahmad Sertai GVF Untuk Timba Ilmu Baharu, Sedia Bersaing Dengan Stacy - “Ibu Mentua Tawar Diri Jaga Anak-Anak, Syukur…”

Ads

“Sebelum kita putuskan untuk terima dan bersetuju dengan tawaran ini, kita sudah berbincang dengan keluarga. Alhamdulillah, mereka semua beri sokongan dan respon yang kuat lebih-lebih lagi ibu mentua saya.

“Dia sangat suka menonton program nyanyian. Malah, dia yang galakkan kami untuk ikut serta dan menawarkan diri untuk menjaga anak-anak. Saya sangat bersyukur.

“Kami bukan tak nak panggil orang lain untuk tengokkan anak tapi kalau boleh, biarlah orang yang rapat menjaga mereka.

“Ibu mentua adalah sistem sokongan terbesar kami,” katanya lagi.

Strategi Pemilihan Lagu, Mahu Rebut Tempat Stacy

Mengulas mengenai strategi untuk bersaing dengan barisan juara AF yang lain, termasuk isterinya sendiri, Akim menyifatkan pemilihan lagu sebagai antara elemen penting yang mampu mempengaruhi penilaian juri terhadap persembahan.

Menurutnya, dia turut mengambil kira nasihat yang diberikan oleh juri tetap GVF, Datuk Ramli MS, agar setiap peserta memilih lagu yang mempunyai konsep persembahan seperti sebuah konsert.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Saya dengar juga apa yang telah Stacy lalui sepanjang dua minggu ini. Tok Ram pun ada berpesan, pastikan lagu yang dipilih haruslah berkonsepkan konsert.

“Jadi, strategi saya adalah untuk mencari lagu-lagu sebegitu dan cuba ‘rebut’ tempat Stacy. Saya harap Stacy tak ganggu mental saya.

“Kalau ganggu, saya akan minta mereka sediakan hotel,” selorohnya.

Sebelum ini, Akim diumumkan sebagai salah seorang daripada empat peserta ‘hot seats’ yang bakal bersaing dengan sembilan lagi juara AF.

Akim Ahmad Sertai GVF Untuk Timba Ilmu Baharu, Sedia Bersaing Dengan Stacy - “Ibu Mentua Tawar Diri Jaga Anak-Anak, Syukur…”

Selain Akim, tiga peserta lain yang turut terpilih ialah Ara Johari, Farah dan Felix Agus.

GVF berlangsung selama 11 minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 9 November, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Ria (104).

Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Mawi Akui Berat Nak Sebut Tagline ‘World’ Di GVF, Rasa Segan!...

Penyanyi, Mawi tampil menjelaskan sebab dirinya dilihat agak keberatan untuk menyebut ‘tagline’ popularnya, ‘World’ ketika diperkenalkan pada konsert minggu kedua Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Ahad lalu.