Ads

“Jika Rasa Saya Layak, Undilah. Saya Tidak Akan Memaksa,” – Azhan Rani

Dikatakan bakal mengulangi kejayaan di Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA 2026), pelakon Azhan Rani mengakui tidak meletakkan sebarang harapan tinggi meskipun namanya tercalon dalam kategori Pelakon TV Popular di Anugerah Bintang Popular ke-38 (ABP38).

Menurut Azhan, kedua-dua anugerah berkenaan mempunyai mekanisme pemilihan pemenang yang berbeza, sekali gus memerlukan pendekatan tersendiri untuk meraih kemenangan.

“Jika Rasa Saya Layak, Undilah. Saya Tidak Akan Memaksa,” - Azhan Rani

“Anugerah Seri Angkasa (ASA) dan ABP adalah dua majlis yang berbeza. Kritiria ASA menerusi undian juri sepenuhnya manakala ABP pula undian peminat.

“Ia bergantung kepada kekuatan kelab peminat dan undian harian. Mugkin disitulah kelemahan saya.

“Apapun, saya suka sahaja terlibat di dalam program ini untuk meraikan rakan-rakan industri,” katanya kepada MH.

Ads

Pelakon drama Bulan Henti Bicara itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media ABP38, baru-baru ini.

Tidak Kejar Populariti, Lebih Utamakan Kelangsungan Kerjaya

Jelas Azhan, dia tidak pernah menyimpan impian untuk mengejar populariti. Sebaliknya, pelakon itu lebih mengutamakan kelangsungan kerjaya serta peluang untuk terus relevan dalam industri seni.

“Jika Rasa Saya Layak, Undilah. Saya Tidak Akan Memaksa,” - Azhan Rani

“Saya sebenarnya tiada impian pun nak menjadi popular. Pada saya, kekal relavan itu lebih penting. Saya perlukan pekerjaan dan rezeki. Anugerah hanyalah bonus.

Ads

“Ini adalah platform untuk artis-artis muda. Ini zaman mereka. Mereka selayaknya berada di sini. Saya pula orang pun sudah kenal. Tiada pun tak mengapa.

“Jika ada yang menyokong, alhamdulillah. Tak mungkinlah saya nak berkempen agar orang mengundi saya. Jika ada undian secara organik, saya raikan. Jika rasa saya layak, undilah. Saya tidak akan memaksa,” kongsinya lagi.

Syukur Dengan Rezeki

Dalam pada itu, Azhan turut menafikan dirinya berasa kecil hati atau merajuk kerana kurang menerima pengiktirafan. Sebaliknya, dia lebih menghargai peluang untuk terus mencari rezeki menerusi kerjaya lakonan yang diceburinya.

Ads

“Jika Rasa Saya Layak, Undilah. Saya Tidak Akan Memaksa,” - Azhan Rani

Anda mungkin berminat dengan

“Saya tak pernah merajuk. Saya hargai pekerjaan pelakon ini sebagai kerjaya saya. Dalam setiap doa saya, saya selalu berkata, permudahkanlah rezeki saya. Saya tak perlu kaya tapi biarlah saya rasa cukup.

“Ketika ini, saya sudah dapat apa yang saya doakan. Kalau Allah nak bagi lebih, itu bonus. Saya sangat bersyukur. Saya tak perlu jadi jutawan asalkan cukup semuanya,” akhirinya.

Selain kategori Pelakon TV Popular, Azhan turut tercalon dalam sebuah lagi kategori iaitu Gandingan Serasi Filem/ Drama Popular bersama pelakon Noorkhiriah menerusi drama Seribu Tahun.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Cik B Akui Ada ‘Trust Issue’ & Cuba Cari Salah Tapi...

Penyanyi remaja, Cik B menzahirkan rasa kagum terhadap usaha yang ditunjukkan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dalam usahanya menjadikan ibunya, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida sebagai isteri