Ads

“Anak-Anak Satukan Kami,” – Fazley Yaakob Butikan Cinta Terhadap Vida Bukan Gimik, Berhabis RM500,000 Demi Lamaran & Hadiahkan Cincin Tiara RM7,000

Selepas hampir enam bulan menjalinkan hubungan istimewa, penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob akhirnya membuktikan ketulusan hatinya apabila membuat kejutan melamar cinta hatinya, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, malam tadi.

Bukan calang-calang persiapan dilakukan, Fazley sanggup membelanjakan kira-kira RM500,000 bagi merealisasikan detik istimewa itu yang berlangsung menerusi sebuah konsert yang turut disiarkan secara langsung di TikTok.

Lebih mencuri perhatian, sebanyak 1,200 dron diterbangkan bagi membentuk mesej istimewa ‘Nak duduk Ipoh ke KL’ dan ‘Will you marry me’ di ruang udara taman KLCC, sekali gus mencipta momen lamaran yang cukup luar biasa.

Sebagai pelengkap kejutan, penyanyi lagu Asmara itu turut menghadiahkan Vida sebentuk cincin eksklusif berbentuk tiara bernilai RM7,000 yang diinspirasikan daripada minat usahawan berkenaan menggayakan mahkota.

Detik penuh bermakna itu turut disaksikan anak-anak kedua-dua pihak yang menjadi sebahagian daripada kejutan berkenaan.

Malah, sebelum meluahkan hasrat hatinya, Fazley terlebih dahulu menyampaikan dua buah lagu, termasuk Di Alam Fana Cinta yang sememangnya menjadi antara lagu kegemaran Vida.

Lamaran terbuka itu sekali gus menamatkan tanda tanya ramai mengenai status hubungan mereka yang sebelum ini tidak terlepas daripada pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan kemesraan yang ditampilkan sekadar gimik atau strategi pemasaran di media sosial.

“Anak-Anak Satukan Kami,” - Fazley Yaakob Butikan Cinta Terhadap Vida Bukan Gimik, Berhabis RM500,000 Demi Lamaran & Hadiahkan Cincin Tiara RM7,000

Idea Lamaran Dirancang Sejak Dua, Tiga Minggu Lalu

Berkongsi mengenai perancangan tersebut, Fazley berkata, idea untuk melamar Vida sudah dirancang sejak dua hingga tiga minggu lalu, manakala persiapan secara intensif mengambil masa hampir 14 hari.

Menurutnya, pemilihan TikTok sebagai platform untuk meluahkan hasrat hati bukanlah dibuat secara kebetulan, sebaliknya mengambil kira pengaruh besar Vida dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya di Malaysia dan Singapura.

Ads

“Pada saya, DSV ialah ‘Queen of TikTok’. Jadi, sudah sepatutnya kita meraikan beliau dalam dunia yang selama ini banyak meraikan dan menyokongnya.

“Ramai pengikut mengenalinya melalui TikTok dan sentiasa mengikuti siaran langsungnya. Sebab itu saya mahu melamar beliau menerusi platform yang dekat dengan hati dan pengikutnya,” katanya.

Fazley berkata sedemikian ketika ditemui pada acara TikTok Shop 11.11 Mega Syok Live Concert di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).

Bagaimanapun, Fazley menjelaskan cincin yang diberikan kepada Vida bukanlah cincin pertunangan rasmi, sebaliknya sebagai simbolik kepada kesungguhannya untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

“Cincin ini adalah simbolik lamaran saya kepada DSV. Ia bukan cincin pertunangan, tetapi tanda bahawa hubungan kami serius.

“Selama ini ramai bertanya sama ada hubungan kami benar-benar serius, sekadar kandungan media sosial atau sebenarnya sudah berkahwin. Jadi, saya mahu memberikan jawapan yang jelas kepada masyarakat,” jelasnya lagi.

Ads

Tambah Fazley, lamaran secara terbuka itu juga merupakan cara terbaik untuk mengumumkan status hubungan mereka kepada masyarakat memandangkan kedua-duanya merupakan figura awam yang sering berkongsi perkembangan kehidupan menerusi media sosial.

“Anak-Anak Satukan Kami,” - Fazley Yaakob Butikan Cinta Terhadap Vida Bukan Gimik, Berhabis RM500,000 Demi Lamaran & Hadiahkan Cincin Tiara RM7,000

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/fazley-yaakob-ulas-kejutan-mega-1200-dron-buat-vida-umum-bakal-naik-pelamin-2027-saya-gelarkannya-lamaran-daripada-kayangan/

Dapatkan Restu Orang Tua, Anak-Anak Turut Jadi Penghubung

Dalam pada itu, Fazley turut mendedahkan bahawa dia terlebih dahulu mendapatkan restu ibu Vida sebelum melaksanakan kejutan berkenaan sebagai tanda menghormati keluarga wanita yang dicintainya itu.

Ads

Lebih istimewa, anak-anak kedua-dua pihak turut memainkan peranan dalam menjayakan lamaran berkenaan, termasuk membantu menyerahkan cincin kepada Vida.

Anda mungkin berminat dengan

Menurut Fazley, hubungan antara anak-anak mereka kini semakin akrab, malah masing-masing sudah mempunyai kumpulan WhatsApp sendiri dan sering meluangkan masa bersama.

“Anak-anaklah yang menyatukan kami. Mereka sangat positif dan saling menyokong antara satu sama lain.
“Mereka sudah biasa berjumpa, keluar bersama dan mempunyai kumpulan WhatsApp sendiri.

“Alhamdulillah, hubungan mereka sudah seperti adik-beradik,” katanya.

Untuk rekod, hubungan Fazley dan Vida mula menjadi perhatian selepas kedua-duanya terbabit dalam program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) pada Mei lalu.

Terdahulu, Fazley pernah mendirikan rumah tangga bersama Azrene Soraya Abdul Aziz selama 18 tahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Oktober 2024.

Sementara itu, Vida pula pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali. Perkahwinan ketiganya bersama bekas suami, Fairuz Ahmad Zainuddin, berakhir pada 7 April 2017 selepas tiga tahun bersama.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Fazley Yaakob Ulas Kejutan Mega 1,200 Dron Buat Vida, Umum Bakal...

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersyukur apabila impiannya untuk mencipta momen luar biasa ketika melamar cinta hatinya yang juga usahawan sensasi, Datuk...