Ads

“Kalau Korang Tengok Video Hari Ini Yang Viral Tu, Ya Allah Aku Dah Sampai Tahap Di Mana Aku Tak Boleh Mengalah Lagi,” – Syida Melvin

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin tampil menjelaskan mengenai tindakannya yang hadir ke kediaman yang pernah didiami bersama bekas suaminya, Syafiq Azim seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Menurut Syida, kehadirannya ke rumah berkenaan bertujuan menuntut bekas suaminya itu keluar bagi membolehkannya kembali menetap di kediaman tersebut bersama anak-anak.

“Kalau Korang Tengok Video Hari Ini Yang Viral Tu, Ya Allah Aku Dah Sampai Tahap Di Mana Aku Tak Boleh Mengalah Lagi,” - Syida Melvin

“Guys, kalau korang tengok video hari ini yang viral tu, Ya Allah aku dah sampai tahap di mana aku tak boleh mengalah lagi.

“Sudah lapan bulan saya dan anak-anak keluar dari rumah itu.

“Saya keluar kerana mahu lindungi kesihatan mental dan fizikal selain pemikiran dan mental anak-anak. Ada berlakunya penderaan mental.

“Caci maki dan hinaan itu merupakan perkara biasa bagi dia.

Ads

“Namun, sekarang ini, selepas habis iddah, saya dan anak-anak nak masuk semula ke rumah itu. Anak-anak saya mahu bersekolah.

“Sejak April lalu sehingga sekarang, saya terpaksa duduk di kampung dan anak-anak tidak bersekolah. Saya hanya gunakan khidmat private tutor,” katanya.

Penjelasan itu dikongsikan oleh adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Meskipun tidak menafikan kediaman berkenaan merupakan hasil harta sepencarian, Syida menegaskan dirinya dan anak-anak tetap mempunyai hak untuk tinggal di rumah tersebut, apatah lagi selepas sekian lama terpaksa berpindah-randah.

Ads

“Kalau Korang Tengok Video Hari Ini Yang Viral Tu, Ya Allah Aku Dah Sampai Tahap Di Mana Aku Tak Boleh Mengalah Lagi,” - Syida Melvin

“Saya ada hak ke atas rumah itu. Dia tak habis-habis kata rumah itu merupakan harta sepencarian. Memang benar tapi tiada ke hak saya untuk tinggal di rumah itu. Anak-anak nak bersekolah.

“Baju-baju mereka pun ada di beberapa tempat. Susah nak tinggal dan merempat di rumah orang. Aku tak nafikan rumah itu bukan seratus peratus milik saya tapi bagilah ruang.

“Peguam saya sudah menghantar lima pucuk surat, dia hanya buat tak tahu dan keras kepala. Katanya, dia mahukan perintah mahkamah,” ujarnya lagi.

Ads

Ini video penuh penjelasan Syida;

Anda mungkin berminat dengan

 

View on Threads

 

Untuk rekod, Syida dan Syafiq sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda, dan Serhan Isa.

Terdahulu tular beberapa potongan video siaran langsung TikTok yang mendakwa Syida meminta Syafiq untuk meninggalkan kediaman berkenaan bagi membolehkannya menetap kembali bersama anak-anak.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Threads Syida Melvin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Hafiz Suip Titip Doa Moga Urusan Bersalin Isteri Dipermudah, Dedah Situasi...

Penyanyi, Hafiz Suip meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Fiona Saffiyya bakal melahirkan cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.