Ads

Al-Fatihah… Legenda Dikir Barat Kelantan, Jen Endoro Pergi Menghadap Illahi

Mohd Zain Ismail (Jen Endoro)
Mohd Zain Ismail (Jen Endoro)

Tukang karut dan penyanyi dikir barat legenda, Mohd Zain Ismail, 65, atau lebih dikenali sebagai Jen Endoro, dilaporkan meninggal dunia di Hospital HUSM Kubang Kerian, Kelantan, akibat strok pada jam 6.02 pagi tadi.

Memetik Bernama, pemergian Allahyarham disahkan anak bongsunya, Mohammad Faris Mohd Zain, 20, yang turut memaklumkan bapanya menghidap strok sejak empat tahun lalu.

Bakal Dikebumikan Selepas Solat Zohor

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka selepas solat Zohor,” katanya.

Ads

Untuk rekod, Allahyarham merupakan penyanyi dikir barat yang aktif sejak era 1970-an dan cukup dikenali menerusi beberapa lagu popular tempat.

Antara lagu yang pernah menaikkan namanya termasuk Mariani, Bakpo Tok Royak Demo Bini Ore, Masliza, Anak Siapa Hok Lalu Tadi dan Jangan Ceroboh Hutan.

Ads

Pemergian Allahyarham pastinya satu kehilangan besar buat dunia seni dikir barat, khususnya industri seni tradisional Kelantan.

Ads

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Anda mungkin berminat dengan

Sumber: Bernama

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Mila Jirin

Mila Jirin Anggap Pujian Juri Satu Amanah, Syukur Nikmat Suara Masih...

Meskipun berjaya menampilkan persembahan memukau, penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengakui berdebar ketika melangkah ke pentas saingan minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Ahad lalu.