Ads

GV Fantasia: “Jika Jadual Tidak Banyak Bercanggah, Sudah Tentu Saya Akan Turut Serta,” – Amir Masdi

Penyanyi, Amir Masdi akui tidak kisah sekiraya menjadi sebahagian daripada elemen kejutan di Gegat Vaganza Fantasia (GV Fantasia) malam tadi, meskipun tidak berentap dalam program realiti berkenaan.

Menurut Amir, dia juga menghormati dan memahami cara kerja sesebuah produksi berkenaan dengan elemen kejutan di dalam sesebuah program.

GV Fantasia: “Jika Jadual Tidak Banyak Bercanggah, Sudah Tentu Saya Akan Turut Serta,” - Amir Masdi GV Fantasia: “Jika Jadual Tidak Banyak Bercanggah, Sudah Tentu Saya Akan Turut Serta,” - Amir Masdi

“Saya memang tahu yang saya akan buat persembahan di GV Fantasia. Namun, saya tidak tahu yang saya akan jadi sebahagian daripada kejutan. Saya tidak dimaklumkan mengenai hal itu.

“Saya faham tugas mereka. Jika hal ini dimaklumkan lebih awal, ia mungkin akan jadi lain. Saya hormat dan faham keputusan yang dibuat oleh pihak produksi.

“Apa yang mereka rancangkan itu menjadi. Saya hadir pun untuk memberikan sokongan kepada abang dan kakak saya yang bertanding.

“Saya tahu yang saya tak masuk bertanding dan saya hanya kekal profesional. Bila di atas pentas, saya bukanlah berlakon. Hanya follow the flow sahaja,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Nur Cinta itu berkata demikian ketika ditemui selepas tamat program GVF yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Ada Komitmen Kerjaya, Showcase Pertama Jadi Keutamaan

Mengulas lanjut, Amir menjelaskan dia terpaksa menolak tawaran menyertai GVF selepas mengambil kira komitmen terhadap kerjaya solo serta persiapannya untuk menjayakan showcase pertama, AM:PM yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember depan.

Ads

Bagaimanapun, meskipun tidak berpeluang untuk bertanding, Amir tetap mahu memberikan penghormatan kepada platform Akademi Fantasia (AF) yang menjadi titik permulaan perjalanan seninya sehingga berjaya bergelar penyanyi.

GV Fantasia: “Jika Jadual Tidak Banyak Bercanggah, Sudah Tentu Saya Akan Turut Serta,” - Amir Masdi GV Fantasia: “Jika Jadual Tidak Banyak Bercanggah, Sudah Tentu Saya Akan Turut Serta,” - Amir Masdi

“Bila saya berbincang bersama pihak pengurusan, agak lama juga untuk kami buat keputusan. Namun, saya dan pasukan sudah ambil kata sepakat bahawa kami tidak dapat nak berikan komitmen penuh di GVF ini.

“Saya pun ada bercakap bersama pasukan, jika jadual kita tidak banyak yang bercanggah, sudah tentu saya akan turut serta.

“Bila saya tak dapat nak ikut bertanding, saya tetap mahu melakukan sesuatu yang menunjukkan sokongan saya terhadap AF. Tanpa AF, saya tiada di sini dan tidak akan jadi penyanyi.

Ads

“Saya kena tunjuk rasa penghargaan dan berterima kasih kepada AF,” katanya lagi.

Harap Tiga Alumni AF 2016 Diberi Peluang Sertai GVF

Dalam masa sama, Amir turut menyuarakan harapan agar tiga wakil Akademi Fantasia 2016 yang tercalon di kerusi ‘hotseat’ iaitu Afie, Amal dan Ara Johari diberi peluang untuk menyertai GVF.

GV Fantasia: “Jika Jadual Tidak Banyak Bercanggah, Sudah Tentu Saya Akan Turut Serta,” - Amir Masdi GV Fantasia: “Jika Jadual Tidak Banyak Bercanggah, Sudah Tentu Saya Akan Turut Serta,” - Amir Masdi

Menurut Amir, setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan serta karakter tersendiri yang mampu memberikan warna berbeza kepada persaingan GVF.

“Dalam batch saya, ada tiga nama yang diumumkan. Ada Afie, Amal dan Ara Johari. Afie dia boleh menari dan mungkin beri saingan kepada Stacy.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Nyanyiannya juga sangat hebat. Dia seorang vokal powerhouse dan punyai ekspressi sama seperti Marsha.

“Amal pula ada aura yang tersendiri. Bila dia berdiri di atas pentas, orang akan bertanya, siapa dia? Dia ada aura yang unik dan punyai suara halus yang jarang ada pada orang lain.

“Ara pula kita semua tahu yang dia merupakan powerhouse vocal dan penyanyi rock. Kita tiada penyanyi seperti itu di pentas GVF. Jika salah seorang daripada mereka ini masuk, saya sangat bangga.

“Saya tahu keupayaan, genre dan keistimewaan masing-masing. Mereka yang tersingkir awal ini ada karakter yang tersendiri. Saya lalui perjalanan AF ini, ia bukan mudah.

“Bila kita sudah lalui jalan yang susah ini, semangat dan dedikasi itu sangat berbeza,” akhirinya.

Terdahulu, kemunculan Amir bersama seorang lagi penyanyi, Sufie Rashid di pentas GVF hanyalah sebahagian daripada strategi kejutan pihak produksi bagi memeriahkan saingan serta meraikan barisan juara yang berentap dalam pertandingan berprestij itu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Semalamlah Persembahan Terburuk Aku, Tak Malu Untuk Mengaku…,” – Zahid

Penyanyi, Zahid tidak berselindung mengakui persembahannya di pentas Gegar Vaganza (GV) Fantasia malam tadi merupakan antara persembahan terburuk sepanjang penglibatannya sebagai penyanyi. Perkara tersebut dikongsikan...