
Usahawan komestik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa dia dan isteri, Datin Seri Nur Shahida sering berdepan kejadian aneh setiap kali mahu mengadakan kempen jualan mega bagi produk yang diusahakan.
Malah baru-baru ini, Aliff atau nama penuhnya, Aliff Syukri Kamarzaman, 39, mendakwa isterinya mengalami alahan sehingga beberapa bahagian badan dipenuhi bintik merah ketika waktu Maghrib pada malam Jumaat lalu.
Situasi berkenaan menimbulkan tanda tanya buat bapa kepada enam orang cahaya mata itu dan tidak menolak kemungkinan sekiranya ia mempunyai kaitan dengan perbuatan sihir akibat perasaan dengki pihak tertentu.
“Bila buat kempen jualan besar-besaran ini, macam ada orang yang dengki. Isteri saya tiba-tiba mengalami seperti alahan satu badan. Keluar bintik merah habis satu muka.
“Tak mustahil ini adalah sihir sebab orang tak suka. Ini bukan gimik. Ia berlaku pada waktu Maghrib. Kaki, tangan semua keluar bintik merah.
“Dalam hati saya tertanya kenapa ni, oh bila kita buat kempen jualan besar-besaran mungkin orang tak senang.
“Saya tak mahulah cakap lebih-lebih tetapi dalam perniagaan benda-benda (sihir) ini memang normal,” katanya ketika ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran YES (Year End Sale Promotions) D’Herbs di Wisma D’Herbs, Kota Damansara pada Sabtu.

Akui Panik Hingga Mahu Batalkan Acara
Aliff turut mendakwa, keadaan Shahida ketika itu merisaukan dirinya sehingga menyebabkan dia sekeluarga panik selain menyangka isterinya mungkin mengalami demam denggi.
Lalu, pihaknya turut mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan supaya membatalkan acara yang dijadualkan berlangsung pada Ahad.
Bagaimanapun, Aliff mengakui terkejut apabila keadaan Shahida beransur pulih sejurus mereka tiba di hospital.
“Anak saya pula baru masuk hospital, saya ingat isteri kena denggi. Sampai saja di hospital terus elok.
“Kami dah menggelupur panik sampai beritahu pengurus untuk batalkan acara hari ini (Ahad) sebab lihat keadaan isteri memang teruk.
“Tapi bila jumpa doktor bintik-bintik itu beransur hilang, hanya tinggal kesan sahaja tapi tak teruk sewaktu di rumah.
“Kami suami isteri niat saja nak buat benda baik (berniaga), semuanya kita serah kepada Allah SWT,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Aliff turut mendakwa keluarganya pernah mengalami kejadian hampir sama iaitu berdepan masalah kesihatan secara serentak menjelang kempen jualan mega sebelum ini.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan Shahida berada di luar negara, manakala anak-anak mereka yang berada di rumah mengalami sakit mata.
“Dulu sama juga kami sekeluarga pernah mengalami situasi pelik di mana mata kami jadi bengkak. Satu keluarga sakit mata.
“Di rumah kami ada ramai pembantu dan pekerja tapi yang kena hanya kami anak-beranak. Bukan sehari ya, nak dekat sebulan juga alami penyakit mata itu. Yang saya pelik pembantu rumah tak kena pula,” katanya lagi.

Baca Artikel Lain;
Anda mungkin berminat dengan
Anjur Promosi 11.11 & Jualan Gudang Hujung Tahun
Dalam perkembangan lain, perniagaan milik Aliff dan Shahida, D’Herbs bakal menganjurkan Jualan Gudang Mega Hujung Tahun (Year End Sale) 2026 selama tujuh hari bermula 25 hingga 31 Disember depan.
Jualan tersebut akan berlangsung serentak di dua lokasi iaitu Wisma D’Herbs, Kota Damansara, Selangor dan Rumah Alumni UTM, Skudai, Johor.
Sepanjang penganjuran, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran istimewa dengan harga promosi serendah RM0.80 selain diskaun sehingga 80 peratus bagi barangan terpilih.
Malah, pihak juga bakal terlibat dalam 11.11 Mega Syok Sale; Creator Icon All Star Showdown menerusi aplikasi Tiktok rasmi mereka.
Tawaran promosi jualan pada 10 November bermula jam 1.00 petang hingga 12.00 tengah malam itu bersempena dengan 20 tahun penubuhan D’Herbs.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


