Ads

Hafiz Suip Titip Doa Moga Urusan Bersalin Isteri Dipermudah, Dedah Situasi Penerimaan Anak-Anak -“Alhamdulillah Saya Bersyukur…”

Penyanyi, Hafiz Suip meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Fiona Saffiyya bakal melahirkan cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Menurut Hafiz, dia kini perlu bersedia untuk kembali membiasakan diri dengan rutin rezeki menjaga anak kecil, termasuk berjaga malam untuk menyediakan susu.

Hafiz Suip Titip Doa Moga Urusan Bersalin Isteri Dipermudah, Dedah Situasi Penerimaan Anak-Anak -“Alhamdulillah Saya Bersyukur…” Hafiz Suip Titip Doa Moga Urusan Bersalin Isteri Dipermudah, Dedah Situasi Penerimaan Anak-Anak -“Alhamdulillah Saya Bersyukur…”
“Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Illahi di atas pemberian ini. Apa yang boleh saya katakan, kini bermula kembali perjalanan saya untuk bersengkang mata pada waktu pagi untuk buat susu anak.

“Mungkin itulah yang akan menjadi rutinnya nanti, Insya-Allah. Saya hanya mendoakan segalanya berjalan lancar dan bayi sihat.

“Alhamdulillah usia kandungan sudah masuk tujuh bulan dan jantinanya ialah lelaki,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Ombak Rindu itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Popular ke-38 (ABP38), baru-baru ini.

Hafiz Mengaku Berat Badan Naik, Habiskan Makanan Isteri!

Mengulas mengenai alahan yang dialami isterinya sepanjang tempoh kehamilan, Hafiz secara berseloroh memaklumkan dirinya turut terkena tempias apabila perlu menghabiskan makanan yang diidamkan Fiona.

Hafiz Suip Titip Doa Moga Urusan Bersalin Isteri Dipermudah, Dedah Situasi Penerimaan Anak-Anak -“Alhamdulillah Saya Bersyukur…”

“Saya rasa, saya yang kena alahan itu. Saya yang banyak makan sekarang. Bila nak habiskan makanan yang ditinggal isteri, itu tugas sayalah. Rasanya berat badan saya pun dah naik.

Ads

“Kalau tak kawal, boleh naik lagi ni,” selorohnya.

Dalam pada itu, Hafiz turut berkongsi reaksi positif anak-anaknya apabila diberitahu mereka bakal menerima kehadiran seorang adik baharu.

Menurutnya, penerimaan anak-anak merupakan antara perkara yang paling dirisaukannya sebelum ini.

Hafiz Suip Titip Doa Moga Urusan Bersalin Isteri Dipermudah, Dedah Situasi Penerimaan Anak-Anak -“Alhamdulillah Saya Bersyukur…”

“Alhamdulillah anak-anak pun bila saya bagitahu yang mereka bakal menerima adik baharu, penerimaan mereka sangat baik. Hal ini yang paling saya risau sebenarnya.

Ads

“Ada satu ketika mereka bertanya, kenapa bayi itu tak datang dari perut bonda (bekas isteri)? Perkara-perkara itulah yang saya perlu jelaskan dengan baik.

“Alhamdulillah bila saya sudah terangkan, mereka sangat memahami dan turut sama teruja,” ujarnya lagi.

Hafiz Harap Proses Kelahiran Dipermudah

Mengulas lanjut, Hafiz berharap agar segala urusan sepanjang tempoh kehamilan isterinya sehingga proses kelahiran nanti dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi.

Penyanyi lagu Awan Nano itu turut mengakui perasaan gemuruh tetap ada memandangkan Fiona bakal melalui kehamilan kali keempat, selain sudah lapan tahun tidak melahirkan anak.

Hafiz Suip Titip Doa Moga Urusan Bersalin Isteri Dipermudah, Dedah Situasi Penerimaan Anak-Anak -“Alhamdulillah Saya Bersyukur…”

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Ini adalah kehamilan isteri saya kali keempat. Kali terakhir dia bersalin pada lapan tahun lepas. Perasan gemuruh itu sudah tentu ada. Usianya juga sudah bertambah.

“Perasaannya sama seperti saat pertama kali kami nak menimang cahaya mata. Semoga segalanya berjalan lancar,” akhirinya.

Sekadar informasi, Hafiz dan Fiona mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu.

Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 2016 sebelum sah bercerai pada Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne.

Menerusi perkahwinan terdahulu pula, Fiona dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Mohd Zain Ismail (Jen Endoro)

Al-Fatihah… Legenda Dikir Barat Kelantan, Jen Endoro Pergi Menghadap Illahi

Tukang karut dan penyanyi dikir barat legenda, Mohd Zain Ismail, 65, atau lebih dikenali sebagai Jen Endoro, dilaporkan meninggal dunia di Hospital HUSM Kubang...