Ads

“Seluar Saya Longgar,” – Aniq Suhair Kekal Pendirian Jaga Aurat, Mohon Maaf Terlepas Pandang Babak Ternampak Pusat

Pernah menyatakan pendirian untuk tidak lagi menayangkan aurat, pelakon Aniq Suhair mengakui dirinya terlepas pandang apabila secara tidak sengaja apabila bahagian pusatnya terdedah ketika menjayakan adegan tidak berbaju dalam filem terbaharu, Bisikan Nafsu.

Menurut Aniq, dia sebenarnya tidak menyedari bahagian tersebut terdedah disebabkan keadaan seluarnya yang agak longgar.

“Seluar Saya Longgar,” - Aniq Suhair Kekal Pendirian Jaga Aurat, Mohon Maaf Terlepas Pandang Babak Ternampak Pusat

“Saya memang sedang berusaha menjaga aurat. Kalau boleh, saya elak untuk terlalu mededahkan aurat. Namun, dalam filem ini, saya terlepas pandang.

“Saya sudah menarik seluar itu sehingga bahagian pusat tapi ia sedikit merolot. Alhamdulillah lutut tidak didedahkan.

“Gambar-gambar yang mendedahkan aurat di media sosial pun saya sudah hapuskan,” katanya kepada MH.

Bintang kelahiran Hero Remaja 2020 itu berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan perdana filem Bisikan Nafsu, baru-baru ini.

“Seluar Saya Longgar,” - Aniq Suhair Kekal Pendirian Jaga Aurat, Mohon Maaf Terlepas Pandang Babak Ternampak Pusat “Seluar Saya Longgar,” - Aniq Suhair Kekal Pendirian Jaga Aurat, Mohon Maaf Terlepas Pandang Babak Ternampak Pusat

Ads

Risau Dikritik Gara-Gara Fizikal Belum ‘Siap’

Ditanya sama ada dia bersedia untuk berhadapan dengan kritikan, Aniq menjelaskan dirinya sebenarnya lebih risau dengan pandangan netizen terhadap fizikalnya yang agak berisi pada ketika itu.

“Seluar Saya Longgar,” - Aniq Suhair Kekal Pendirian Jaga Aurat, Mohon Maaf Terlepas Pandang Babak Ternampak Pusat

“Mungkin mereka akan kecam bahagian perut saya yang belum ‘siap’ sepenuhnya. Ketika itu, saya sedang di dalam proses menaikkan berat. Tiba-tiba saya ditawarkan berlakon filem ini.

“Jadi, saya tak sempat nak buat persiapan dari segi fizikal. Pada mulanya saya tidak tahu pun akan ada babak buka baju. Itu adalah permintaan pengarah.

“Ketika itu, saya agak terkejut kerana saya kurang yakin dengan bahagian badan yang belum siap. Namun, demi naskhah ini, saya bersetuju,” ujarnya.

Ads

Dalam masa sama, Aniq memaklumkan dia sebenarnya tiada masalah untuk menayangkan adegan menayangkan badan asalkan bersesuaian dengan tuntutan skrip dan naskhah.

“Seluar Saya Longgar,” - Aniq Suhair Kekal Pendirian Jaga Aurat, Mohon Maaf Terlepas Pandang Babak Ternampak Pusat

“Saya tiada masalah dan boleh sahaja nak buka baju. Namun, saya akan pastikan bahagian pusat ditutup. Saya tidak akan terlepas pandang lagi.

“Ada kalanya permintaan untuk babak buka baju ini berlaku di set penggambaran. Dalam skrip atau jalan cerita biasanya tidak dimaklumkan tentang perkara itu.

“Asalkan tawaran dan jalan cerita itu menarik, saya akan terima. Jika pengarah minta saya buka baju, saya akan bertanya dahulu sebab munasabahnya.

Ads

“Jika jawapannya boleh diterima, saya okay asalkan bahagian aurat tidak didedahkan,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Mengulas mengenai keserasian bersama heroin, Azeva Natassha, Aniq berkata perkara itu bukan sesuatu yang sukar dibina memandangkan mereka sudah lama saling mengenali.

“Seluar Saya Longgar,” - Aniq Suhair Kekal Pendirian Jaga Aurat, Mohon Maaf Terlepas Pandang Babak Ternampak Pusat

“Untuk bina keserasian dengan Azeva ini tidaklah sukar. Kami sudah berkenalan lama. Keluarga kami pun sudah rapat dan kenal antara satu sama lain.

“Kami masih lagi profesional dan dalam lakonan, kami banyak rujuk kepada pengarah dan penulis skrip. Selagi tak jadi, kami akan ulang semula babak itu sehingga jadi,” akhirinya.

Terdahulu, filem Bisikan Nafsu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Oktober ini.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Nabil Ahmad Tumpang Gembira Untuk Bella Astillah, Kongsi Perubahan Bakal Pengantin...

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menyifatkan melihat rakan penyampainya di ERA FM, Bella Astillah semakin matang dalam membuat persediaan untuk melangkah ke alam rumah...