
Penyanyi rock legenda, Datuk Nash bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan luaran selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau, malam tadi.
Nash, 67, berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada kecederaan serius pada bahagian dalaman.
“Saya ucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar yang membantu saya malam tadi.
“Alhamdulillah, saya hanya mengalami kecederaan luaran di bahagian kepala, manakala pemeriksaan dalaman mendapati tiada yang serius,” katanya, petik Berita Harian.
Kemalangan Ketika Pulang Dari Surau
Menurut Nash, kemalangan berlaku ketika dia menunggang motosikal pulang ke rumah selepas menunaikan solat Isyak di surau berhampiran kediamannya.
“Selepas solat, saya mengikuti ceramah dan barulah pulang ke rumah. Keadaan cuaca pula hujan. Dalam perjalanan itulah kemalangan berlaku,” katanya.
Nash yang popular dengan lagu Pada Syurga Di Waiahmu itu dikejarkan ke Hospital Shah Alam sebelum dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta.
Akibat kemalangan itu juga, Nash dilaporkan menerima 24 jahitan di kepala dan 28 jahitan di bahagian dahi kiri.
Malah, penyanyi itu turut mengalami luka di bahagian kepala, selain mengakui mata kirinya masih belum dapat dibuka.
“Minta maaf kerana saya tidak dapat buka mata buat masa ini,” katanya ringkas.
Nash Terima Kunjungan Zahid, Rakan Titip Doa
Dalam pada itu, Nash turut menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Malah Nash turut sebak apabila seorang rakannya menghubungi Ustaz Syed Putra dan Datuk Awie yang ketika ini sedang mengerjakan umrah.
Anda mungkin berminat dengan
Kedua-duanya kemudian menyampaikan kata-kata semangat selain mendoakan kesihatan dan keselamatan Nash.
Sementara itu, anggota keluarga yang berada di hospital meminta Nash diberikan ruang untuk berehat dan tidak membenarkan kehadiran pelawat buat masa ini.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

