Ads

Tiz Zaqyah Ulas Isu Berat Badan, Minta Netizen Berhenti Persoal – “And Now I Can Muat All My Seluar And clothes, XS-S.”

Pelakon Tiz Zaqyah tampil membalas kritikan segelintir netizen berikutan perubahan fizikalnya selepas berjaya menurunkan berat badan, baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Tiz meluahkan rasa apabila masih ada pihak yang seolah-olah mempersoalkan keadaan tubuh badannya, meskipun dia telah berusaha keras untuk mencapai bentuk fizikal yang diinginkan.

Menurut Tiz, dia pernah mengalami kesukaran untuk mendapatkan pakaian yang sesuai ketika menjalani penggambaran.

Tiz Zaqyah Ulas Isu Berat Badan, Minta Netizen Berhenti Persoal - “And Now I Can Muat All My Seluar And clothes, XS-S.”

Tiz Zaqyah Ulas Isu Berat Badan, Minta Netizen Berhenti Persoal - “And Now I Can Muat All My Seluar And clothes, XS-S.”

“Some people are so triggered about my weight loss. I worked so hard to get my jawline and cheekbones back.

“And now i can muat all my seluar and clothes, XS-S. I was never comfortable looking so bulat macam bulan.

Ads

“Wardrobe shooting struggle nak cari baju muat, i even busted my skirt punya zipper (sponsored baju) luckily my producers were like its okay.

“Finally i have a waist now, You all just annoying,” tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Nur Kasih itu menjelaskan perubahan tersebut tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya dia usaha mengamalkan gaya hidup sihat sejak dahulu.

Malah, Tiz kini lebih menjaga rutin pemakanan berbanding sebelum ini.

Ads

“I’m back in my natural state, boleh knuckle pushups balik dah ringan. Saya ni lasak, naik Kinabalu, basikal, tak boleh duduk diam macam monyet.

“Ada lah time saya makan selera gajah. Dah boleh diam kot tanya saya kenapa kurus.

“Saya memang kurus. i don’t like sweet stuff, kalau PMS yelah mengidam chocolate.

“Saya tak suka air manis. Sekarang paling penting musim Ayam Gepuk hari-hari lunch dinner dah habis,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Pernah Hilang Tawaran Lakonan Gara-Gara Bentuk Fizikal

Mengulas lanjut, pelakon filem Seratus itu mendedahkan dia pernah kehilangan beberapa tawaran pekerjaan dan endorsement disebabkan bentuk fizikalnya ketika itu.

“And tahu tak saya banyak hilang endorsement jobs.

Tiz Zaqyah Ulas Isu Berat Badan, Minta Netizen Berhenti Persoal - “And Now I Can Muat All My Seluar And clothes, XS-S.”

Tiz Zaqyah Ulas Isu Berat Badan, Minta Netizen Berhenti Persoal - “And Now I Can Muat All My Seluar And clothes, XS-S.”

“Job berlakon, sebab ‘tiz gemuk, naik badan, kena kurus baru lawa dalam camera’ so, diam,” tegasnya lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

2 Minggu Bersama Ibu Berakhir, Sajat Kamaruzzaman Tidak Dapat Tahan Air...

Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.