Ads

Ajak Shiro Jawab Persepsi Scam, Mahu Orang Ramai Faham Konsep ECF – “Saya Tak Pegang Seringgit Pun Duit Yang Orang Masukkan.”

Pelawak, penyampai radio dan usahawan, Ajak Shiro tampil menjelaskan mengenai kempen Equity Crowdfunding (ECF) bagi syarikat yang diusahakannya selepas ada segelintir pihak mempersoalkan langkah berkenaan dan menyifatkannya sebagai ‘scam’.

Menurut Ajak, dia memahami kebanyakan orang akan lebih berhati-hati apabila melibatkan soal wang, namun berharap masyarakat terlebih dahulu memahami konsep ECF sebelum membuat sebarang andaian melulu.

“Saya tak marah sebenarnya kalau orang cakap scam atau tipu. Cuma saya harap mereka belajar dan cari ilmu sedikit supaya faham apa yang sedang kita buat.

“Bila sebut saham atau crowdfunding, masih ada yang terus fikir semuanya ‘scam’. Sampai bila kita nak fikir macam itu?” katanya.

Jelaskan Kekeliruan Mengenai ECF

Jelas Ajak, antara salah faham terbesar adalah tanggapan wang yang dimasukkan pelabur akan terus diberikan kepadanya secara peribadi.

“Saya tak pegang seringgit pun duit yang orang masukkan. Kalau kempen berjaya mencapai sasaran, barulah dana itu diberikan kepada syarikat.

“Jadi bukannya orang transfer duit terus kepada saya,” jelasnya yang turut mengakui setiap pelaburan mempunyai risiko dan memahami kenapa orang ramai lebih berhati-hati apabila perlu mengeluarkan wang.

Namun bagi Ajak, kegagalan sesebuah kempen mengumpulkan dana tidak sepatutnya terus disamakan dengan penipuan.

“Kalau saya gagal dalam ECF, maksudnya saya gagal menaikkan dana untuk besarkan syarikat. Itu berbeza dengan kita cuba scam orang,” katanya.

Sementarq itu, kempen Babah Ventures ini dilaksanakan menerusi pitchIN, platform Equity Crowdfunding yang beroperasi dalam rangka kerja kawal selia Malaysia.

Ads

Pelabur yang menyertai kempen itu melanggan saham biasa Babah Ventures dan menjadi pemegang saham syarikat.

Bumbu Babah kini mempunyai 60 cawangan dalam tempoh kurang dua tahun, dengan cawangan ke-60 dibuka di Lotus’s Manjung.

Ajak bagaimanapun menegaskan, dana yang dicari bukan untuk menampung kehidupan peribadi susulan wujud juga persepsi, mengapa perlu mencari dana sekiranya perniagaannya sudah berkembang.

“Saya bukan minta duit untuk keperluan harian atau kelangsungan hidup. Ini dana untuk besarkan perniagaan.

“Saya faham orang cakap, kalau bisnes bagus kenapa kena buat ECF? Tapi cara bisnes berkembang tidak semestinya menggunakan duit pemilik sendiri sahaja,” katanya.

Ajak Shiro Jawab Persepsi Scam, Mahu Orang Ramai Faham Konsep ECF - “Saya Tak Pegang Seringgit Pun Duit Yang Orang Masukkan.” Ajak Shiro Jawab Persepsi Scam, Mahu Orang Ramai Faham Konsep ECF - “Saya Tak Pegang Seringgit Pun Duit Yang Orang Masukkan.”Ajak Shiro Jawab Persepsi Scam, Mahu Orang Ramai Faham Konsep ECF - “Saya Tak Pegang Seringgit Pun Duit Yang Orang Masukkan.” Ajak Shiro Jawab Persepsi Scam, Mahu Orang Ramai Faham Konsep ECF - “Saya Tak Pegang Seringgit Pun Duit Yang Orang Masukkan.”

Ads

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/tak-jangka-ini-akan-berlaku-kritikan-tak-patahkan-semangat-ajak-shiro-restoran-cipta-rekod-23674-pinggan-nasi-padang-sehari/

Dari Pelanggan Kepada Pemegang Saham

Berkongsi lanjut, idea berkenaan tercetus selepas Ajak melihat ramai pelanggan tetap datang berkali-kali ke restorannya untuk menikmati hidangan yang ditawarkan.

Ada yang menjadikan premis tersebut sebagai tempat makan bersama keluarga, malah ada yang sudah berbelanja melebihi jumlah minimum pelaburan dalam tempoh tertentu.

“Saya tengok ada pelanggan datang sembilan kali, berbelas kali. Jadi saya fikir, apa salahnya kalau pelanggan sendiri kita jadikan business partner?

“Daripada mereka datang makan sahaja, kalau perniagaan maju, sekurang-kurangnya mereka pun boleh mendapat manfaat,” katanya.

Ads

Jumlah pelaburan minimum ditetapkan pada RM800, dengan pelabur turut menerima baucar tunai bernilai RM960 selain saham yang dilanggan.

Anda mungkin berminat dengan

Namun Ajak mengingatkan saham tidak sepatutnya dianggap sebagai jalan mendapatkan keuntungan segera, sebaliknya bergantung kepada prestasi dan keuntungan syarikat.

Malah, dana yang dikumpulkan menerusi ECF turut dirancang untuk menyokong pengembangan perniagaan, pembangunan konsep F&B baharu, pengambilalihan strategik serta teknologi.

Babah Ventures turut menyatakan sasaran untuk mempersiapkan syarikat ke arah IPO menjelang 2028.

Menu Yang Lebih Meluas

Seiring dengan pelancaran ECF, Babah Ventures turut memperkenalkan Bumbu Babah Warisan, evolusi seterusnya Bumbu Babah yang merealisasikan dengan lebih menyeluruh ‘positioning’ asal jenama tersebut iaitu “Nasi Padang Dan Lain Lain.”

Walaupun Nasi Padang kekal sebagai teras utama, Bumbu Babah Warisan menghidupkan bahagian “Dan Lain Lain” menerusi pilihan menu yang jauh lebih luas dan sesuai dinikmati sepanjang hari.

Selain hidangan Nasi Padang yang menjadi signature Bumbu Babah, Bumbu Babah Warisan menawarkan lebih banyak pilihan kegemaran Nusantara termasuk Mie Bakso, Mie Ayam dan Laksa Indo, selain Nasi Lemak, Nasi Goreng, aneka mi, snek, roti bakar serta hidangan minum petang.

Malah kategori yang biasa seperti roti bakar turut diberikan sentuhan ala Seberang, termasuk penggunaan mini loaf yang tersendiri.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Tak Sampai Hati Tengok Dia Masih Bekerja…,” – Anzalna Nasir Tersentuh,...

Pelakon Anzalna Nasir mengakui terkesan susulan tular sebuah video yang memaparkan seorang warga emas yang dipercayai masih bekerja sebagai penghantar makanan demi menyara keluarga.