Ads

“Suami Dan Saya Ambil Kata Sepakat Untuk Tarik Diri,” – Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan bagi kategori Keluarga Selebriti Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026).

Bagaimanapun, Siti tetap merakamkan penghargaan kepada pihak terbabit atas pencalonan keluarganya bagi kategori berkenaan.

“Suami Dan Saya Ambil Kata Sepakat Untuk Tarik Diri,” - Siti Nurhaliza

“Assalamualaikum semua peminatku tersayang. Terima kasih pihak Melodi kerana mencalonkan saya dan keluarga untuk kategori ni.

“Saya tak tahu tercalon. Maaf sebab nak bagitahu. Suami dan saya ambil kata sepakat untuk tarik diri dari kategori ini,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Ads

“Suami Dan Saya Ambil Kata Sepakat Untuk Tarik Diri,” - Siti Nurhaliza “Suami Dan Saya Ambil Kata Sepakat Untuk Tarik Diri,” - Siti Nurhaliza

Minta Peminat Tidak Mengundi

Dalam pada itu, Siti turut meminta peminat agar tidak mengundinya bagi kategori berkenaan, meskipun dia amat menghargai sokongan serta usaha yang diberikan.

“Suami Dan Saya Ambil Kata Sepakat Untuk Tarik Diri,” - Siti Nurhaliza

“Peminat tak perlu undi saya tau. Saya sangat hargai usaha kalian semua ya,” kongsinya lagi.

Ads

Bagaimanapun, terdapat peminat yang memaklumkan sesi undian sebenarnya telah ditutup dan nama pemenang bakal diumumkan pada AMT2026 yang akan berlangsung Ahad ini.

Tak Sangka Keluarga Turut Tercalon

Mengulas lanjut, Siti menjelaskan dia sebenarnya tidak menyangka keluarganya turut tercalon bagi kategori berkenaan, meskipun sudah memaklumkan keputusan untuk menarik diri.

“Suami Dan Saya Ambil Kata Sepakat Untuk Tarik Diri,” - Siti Nurhaliza

Ads

“Ala, sudah bagitahu tarik diri. Tak sangka letak nama lagi. Tak mengapalah,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Selain Siti, antara keluarga selebriti yang turut tercalon bagi kategori ini ialah Datuk Yusuf Haslam dan Datin Patimah Ismail, Ain Edruce dan Amirul Hafiz seeta Keluarga Maembong.

Turut sama berada dalam senarai ialah Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Datin Noor Kartini dan Datuk Abdul Halim Khan, Ryzal Ibrahim dan Maryam, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, Syamel dan Ernie serta Datin Intan Najuwa dan Datuk Ahmad Azraf Azman.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Biarlah Mereka Berdua Yang Selesaikan Cara Baik. Kita Di Luar Ni,...

Penyampai radio THR Gegar, Fizie Roslan tampil memberikan reaksi berhubung kemelut yang melanda sahabatnya, pelawak Shuib, baru-baru ini.