Ads

“Mommy Akan Sentiasa Berada Bersama…,” – Fatima Genap 6 Tahun, Fazura Titip Pesanan Menyentuh Hati

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya yang kini genap enam tahun.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fazura meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dikurniakan seorang anak yang disifatkan sebagai sahabat baik dan peneman hidupnya.

Menurut Fazura, Fatima disifatkan sebagai seorang anak yang penuh kasih sayang, memiliki hati yang kuat serta tinggi empati terhadap orang di sekelilingnya.

"Mommy Akan Sentiasa Berada Bersama...," - Fatima Genap 6 Tahun, Fazura Titip Pesanan Menyentuh Hati

"Mommy Akan Sentiasa Berada Bersama...," - Fatima Genap 6 Tahun, Fazura Titip Pesanan Menyentuh Hati

“Nur Fatima Aisya.. my jewel, my baby, my life companion, my bestest friend. You have now turned 6.. mommy senantiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT for bringing us thus far hand-in-hand through it all.

“Fatima anak yang baik, yang selalu full of love, punya hati yang kental tapi juga tinggi empati to everyone who surrounds you.

“Jika ada 10 di tangan, you would’ve given 9 to others.. something that I am proud of (and at times worried about) but ultimately as your mother.

Ads

“I know very well of your big heart.. may Allah bless you sayang. Doa mommy selalu untuk Fatima, semoga kekal cekal dalam menghadapi hidup ini dengan tenang dan gembira,” titipnya.

Kenangan Sejak Dalam Kandungan

Dalam hantaran sama, pelakon filem Pisau Cukur itu turut berkongsi kenangan manis sepanjang kehamilan serta menyifatkan anaknya sebagai bayi yang baik sejak dalam kandungan.

Malah, Fazura mendedahkan dia tidak pernah mengalami alahan atau muntah sepanjang tempoh tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 “You have always been a good baby since you were in my tummy, not even once mommy muntah whilst I was carrying you..

“I will always treasure your little kicks up to the many giggles you project now more often than you ever shed any tears.

Ads

“Thank you for being my happy-joyful-girl that lights up my life and everyone who loves you,” kongsinya.

Doa Buat Anak Tersayang

Mengakhiri perkongsian, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut berharap agar anaknya terus membesar menjadi insan yang berjaya dan berakhlak mulia.

"Mommy Akan Sentiasa Berada Bersama...," - Fatima Genap 6 Tahun, Fazura Titip Pesanan Menyentuh Hati

"Mommy Akan Sentiasa Berada Bersama...," - Fatima Genap 6 Tahun, Fazura Titip Pesanan Menyentuh Hati

“Semoga terus berjaya di dunia akhirat sayang, do your best in your studies, in life, and remember to always stay grounded and be kind.

Ads

“Mommy will always be here with you and putting you first above everything else..

Anda mungkin berminat dengan

“Terima kasih ya Allah for blessing me with such a wonderful, brilliant, kind-hearted daughter. I can’t even express how much I love you.. but I know and hope you feel it everyday for the rest of your life.

“Happiest 6th birthday Nur Fatima Aisya. Tremendously lots of love, Mommy,” akhirinya.

Untuk rekod, Fazura telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya.

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

All Star Championship (ASC) 2026

“Bukan Sekadar Bertanding,” – 34 Influencer Dari 9 Negara Bakal Berentap!...

All Star Championship (ASC) 2026 bukan sekadar menghimpunkan influencer untuk beradu kekuatan di gelanggang, sebaliknya menjadi platform yang menggabungkan sukan, kandungan digital, hiburan dan...