Ads

Hadie Elfardie Mimpi Arwah Suhaimi Saad Beri Teguran Tentang Solat, Rindu Bapa Tak Pernah Padam – “Saya Terus Istighfar, Ambil Wuduk.”

Hampir tiga tahun selepas pemergian bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, anaknya iaitu penyanyi Hadie Elfardie mengakui kerap bermimpi tentang arwah bapanya itu.

Menurut Hadie, antara mimpi yang diingatinya berlaku kira-kira empat hari lalu, selepas dia menziarahi pusara arwah di Johor.

Hadie menjelaskan, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, dia sempat berdoa dan bercakap sendirian di sisi pusara bapanya selain berharap agar arwah hadir dalam mimpi sekiranya Allah SWT mengizinkan.

“Saya selalu juga mimpi ayah, cuma kadang-kadang ingat dan kadang-kadang tidak. Tapi yang paling saya ingat, baru-baru ini ketika saya balik dari Johor dan singgah ziarahi kubur arwah ayah.

“Saya berdoa seperti biasa, kemudian saya ada cakap kepada ayah, ‘kalau Allah izinkan ayah nak datang, datanglah dalam mimpi. Jangan ‘datang’ depan-depan sebab takut saya terkejut. Kalau ayah ‘datang’ nak tegur, tegurlah dalam mimpi.

“Entah kebetulan atau tidak, waktu saya duduk di situ agak lama, tiba-tiba angin bertiup kuat.

“Mula-mula cuaca panas, kemudian angin kuat. Mungkin kebetulan saja,” katanya.

Penyanyi remaja berusia 18 tahun itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Dusta Sebuah Cinta yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/saya-tiada-masalah-nak-duet-dengan-hadie-tapi-mawi/

Hadie Elfardie Mimpi Arwah Suhaimi Saad Beri Teguran Tentang Solat, Rindu Bapa Tak Pernah Padam - “Saya Terus Istighfar, Ambil Wuduk.” Hadie Elfardie Mimpi Arwah Suhaimi Saad Beri Teguran Tentang Solat, Rindu Bapa Tak Pernah Padam - “Saya Terus Istighfar, Ambil Wuduk.” Hadie Elfardie Mimpi Arwah Suhaimi Saad Beri Teguran Tentang Solat, Rindu Bapa Tak Pernah Padam - “Saya Terus Istighfar, Ambil Wuduk.”

Mimpi Arwah Beri Sejadah, Minta Solat

Sebaik sahaja selesai menziarahi pusara, Hadie segera pulang ke Kuala Lumpur dan mengakui terlalu penat memandu akibat kesesakan lalu lintas.

Dia yang tiba di rumah ketika waktu Asar hampir berakhir terus merehatkan diri sehingga terlena.

“Saya masuk rumah lalu terus baring. Entah macam mana boleh terlelap, saya bermimpi ayah.

Ads

“Dia tidak cakap banyak dan saya pun tidak nampak wajahnya, tetapi saya tahu itu ayah. Dia beri sejadah dan suruh saya solat.

“Saya terus terjaga dan terfikir, mungkin ayah nak ingatkan saya untuk solat Asar. Saya terus bangun, beristighfar, masuk bilik air ambil wuduk dan tunaikan solat,” ujarnya lagi.

Hadie kemudian menceritakan perkara tersebut kepada ibunya iaitu Ina Naim dan secara berseloroh, dia berkata mungkin kerana anaknya terlalu leka sehingga bapanya ‘datang’ mengingatkannya untuk dirikan solat.

“Saya tak sangka pula perkara itu betul-betul berlaku. Bila saya cerita kepada mak, dia cuma gelak dan kata saya leka nak solat sampai ayah datang.

“Bagi saya, mungkin itu satu kebetulan, tetapi saya ambil perkara tersebut sebagai satu peringatan,” katanya.

Ads

Rindu Tak Pernah Hilang, Kenang Dengan Doa

Dalam pada itu, Hadie mengakui rasa rindu terhadap arwah bapanya tidak pernah hilang, namun dia memilih untuk mengenang pemergian tersebut dengan mendoakan Allahyarham.

Anda mungkin berminat dengan

“Rindu itu tetap ada. Tak boleh nak lupakan sebab dia ayah kita sendiri. Cuma saya tak mahu meratap atau menangis berlebihan.

“Setiap kali solat, saya akan doakan ibu bapa saya dan ketika itu memang saya akan teringat kepada arwah ayah.

“Saya tak pernah lupa dan rasa rindu itu tetap ada, cuma saya tak mahu sampai meratap atau menangis. Setiap kali rindu, saya akan doakan dia.

“Kalau saya terlupa atau terleka, kalau Allah izinkan, tegurlah saya dengan cara yang baik,” akhirinya.

Imbas kembali, Suhaimi meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman paru-paru pada 15 November 2023.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Elizabeth Tan Akui Hormon Masih Belum Stabil, Kongsi Perkembangan Prosedur IVF...

Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mengakui dirinya masih bergelut dengan perubahan hormon meskipun sudah hampir dua bulan menjalani prosedur persenyawaan in vitro (IVF).