
Penyampai radio THR Gegar, Fizie Roslan tampil memberikan reaksi berhubung kemelut yang melanda sahabatnya, pelawak Shuib, baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fizie mengakui sedih melihat situasi yang menimpa Shuib, memandangkan dia mengenali keperibadian sahabatnya itu yang disifatkan sebagai seorang pemurah dan sering menghulurkan bantuan kepada orang lain.
Menurut Fizie, dia bagaimanapun tidak berniat untuk menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya sekadar ingin berkongsi pandangan atas dasar persahabatan dan rasa kemanusiaan.

“Tergerak hati aku nak meluah apa yang aku rasa sebagai seorang manusia… bukan nak menyebelahi sesiapa, tapi atas dasar persahabatan dan rasa kemanusiaan kita sesama insan.
”Bila aku tengok apa yang sedang menimpa sahabat aku Shuib, aku jadi termenung panjang.
“Jujur aku cakap, aku kenal siapa Shuib. Aku kenal hati budi dia, betapa pemurahnya dia, dan berapa banyak tangan yang dia hulurkan untuk tolong orang lain di belakang kamera termasuk aku yang ramai orang tak tahu.
”Tapi manusia kan… tidak pernah sunyi daripada diuji. Sebagaimana pesan orang bijak pandai, Jangan pernah hukum seseorang kerana satu kesilapan, sampai kita lupa ribuan kebaikan yang pernah dia taburkan,” tulisnya.
Minta Isu Diselesaikan Secara Baik
Dalam hantaran sama, Fizie berpendapat isu yang berlaku seharusnya diselesaikan sendiri oleh pihak terlibat tanpa campur tangan orang luar yang berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.
Kongsinya, setiap persahabatan pasti berdepan dengan ujian dan salah faham.
Oleh itu, orang ramai tidak sepatutnya membuat sebarang spekulasi atau menambah cerita yang boleh memburukkan situasi.
View this post on Instagram
“Apa yang berlaku sekarang ni adalah urusan antara dia dengan kawan dia.
“Sebagai seorang yang ada kawan, aku sayang sangat dekat semua sahabat-sahabat aku.
“Dalam persahabatan, biasalah ada pasang surutnya, ada kala kita diuji dengan salah faham.
“Biarlah mereka berdua yang selesaikan cara baik. Kita di luar ni, usah ditokok tambah cerita,” luahnya lagi.
Rayu Jangan Heret Keluarga Pihak Terlibat
Malah, Fizie turut merayu agar orang ramai tidak mengheret isteri dan anak-anak pihak terlibat dalam pertikaian berkenaan, memandangkan mereka tidak mempunyai kaitan dengan isu yang berlaku.

“Cuma, satu je yang meruntun hati aku… tolonglah, jangan heret ahli keluarga mereka yang tidak bersalah.
Anda mungkin berminat dengan
“Isteri, dan anak-anak kecil mereka tiada kaitan langsung dengan sengketa ini. Kasihanilah mereka,” luahnya.
Mengakhiri perkongsian, Fizie menitipkan pesanan agar masyarakat lebih berhati-hati ketika memberikan pandangan.
“Sebagai sahabat, aku cuma nak titipkan satu peringatan untuk diri aku dan semua…
“Kalau kita tak mampu menjadi ubat yang menyembuhkan luka orang, sekurang-kurangnya janganlah kita jadi racun yang mematikan.
”Sebarkanlah kasih sayang, doakan yang baik-baik. Kerana di hujung cerita nanti, apa yang kita tinggalkan di dunia ini adalah doa dan kebaikan, bukan benci,” akhirinya.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

