Ads

KES: Jalaludin Hassan Nombor Satu Raih 75.86% & Fazlina Ahmad Daud Paling Corot 61.95%, Mujur Tiada Penyingkiran Menuju Final

Bintang Kilauan Emas Selebriti (KES), Datuk Jalaludin Hassan sekali lagi berjaya menempatkan diri di kedudukan tangga pertama menerusi persembahannya pada konsert minggu separuh akhir, pada Sabtu.

Menerusi lagu Pamit (Selamat Tinggal), nyanyian asal Broery Marantika, Jalaludin berjaya meraih markah keseluruhan tertinggi sebanyak 75.86 peratus.

KES: Jalaludin Hassan Nombor Satu Raih 75.86% & Fazlina Ahmad Daud Paling Corot 61.95%, Mujur Tiada Penyingkiran Menuju Final

KES: Jalaludin Hassan Nombor Satu Raih 75.86% & Fazlina Ahmad Daud Paling Corot 61.95%, Mujur Tiada Penyingkiran Menuju Final

Jalaludin juga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week buat tiga kali berturut-turut, dengan wang tunai berjumlah RM2,000 disumbangkan kepada penyanyi kumpulan Freedom, Shuaib Shaari.

Sementara itu, Fazlina Ahmad Daud, Rahhim Omar dan Zila Bakarin masing-masing berada dalam kelompok tiga terbawah dari segi kutipan markah, iaitu dengan 61.95%, 65.33% dan 65.97%.

Bagaimanapun, Fazlina yang mempersembahkan lagu Laskar Cinta, nyanyian asal Dewa 19, menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan.

Ads

Tugasan Duet Warnai Saingan Minggu Ini

Lebih menarik minggu ini, bagi tugasan duet, Jalaludin dan Tamimi bergandingan menerusi lagu Jumpa Mesra, Zila bersama Fazlina membawakan Hanya Memuji, manakala Rahhim dan Amyza menyampaikan Siapa Dia Sebelum Daku.

KES: Jalaludin Hassan Nombor Satu Raih 75.86% & Fazlina Ahmad Daud Paling Corot 61.95%, Mujur Tiada Penyingkiran Menuju Final

KES: Jalaludin Hassan Nombor Satu Raih 75.86% & Fazlina Ahmad Daud Paling Corot 61.95%, Mujur Tiada Penyingkiran Menuju Final

Berikut adalah markah keseluruhan bagi kesemua peserta:

Ads

1. Datuk Jalaludin Hassan – 75.86%
2. Datuk Ahmad Tamimi Siregar – 75.03%
3. Amyza Aznan – 62.27%
4. Zila Bakarin – 65.97%
5. Rahhim Omar – 65.33%
6. Fazlina Ahmad Daud – 61.95%

Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman, sementara kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap.

Penyanyi balada popular, Misha Omar diundang sebagai juri jemputan minggu ini.

Ads

KES: Jalaludin Hassan Nombor Satu Raih 75.86% & Fazlina Ahmad Daud Paling Corot 61.95%, Mujur Tiada Penyingkiran Menuju Final

Anda mungkin berminat dengan

KES: Jalaludin Hassan Nombor Satu Raih 75.86% & Fazlina Ahmad Daud Paling Corot 61.95%, Mujur Tiada Penyingkiran Menuju Final

Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan oleh panel juri profesional, manakala baki 20 peratus lagi diperoleh menerusi undian penonton secara dalam talian.

Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Untuk Anugerah Lain, Mungkin Saya Tarik Diri…,”- Siti Nurhaliza Mahu Terus...

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk terus bertanding di Anugerah Industri Muzik (AIM), meskipun ada yang berpandangan statusnya sebagai figura berpengaruh dalam industri membuatkan dia tidak lagi perlu bersaing di pentas berkenaan.