Ads

Mimi Lana Titip Kata Semangat Buat Individu Didakwa Alami Ketidakstabilan Emosi – “Saya Tak Pandai Nak Bagi Nasihat, Tapi Saya Sedih Sangat…”

Pelakon Mimi Lana menitipkan kata-kata semangat kepada seorang individu yang menulis sebuah ciapan beserta dengam gambar yang menjadi sorotan di media sosial, sejak semalam.

Menerusi satu hantaran di Threads, Mimi meluahkan rasa sedih selepas membaca perkongsian individu terbabit.

Menurut Mimi, dia memahami setiap manusia mempunyai ujian hidup yang berbeza.

Bagaimanapun, dia berharap agar individu tersebut terus bersabar dan menerima ketentuan Allah SWT.

Mimi Lana Titip Kata Semangat Buat Individu Didakwa Alami Ketidakstabilan Emosi - “Saya Tak Pandai Nak Bagi Nasihat, Tapi Saya Sedih Sangat…”

Mimi Lana Titip Kata Semangat Buat Individu Didakwa Alami Ketidakstabilan Emosi - “Saya Tak Pandai Nak Bagi Nasihat, Tapi Saya Sedih Sangat…”

“Awak Orang Hebat, Jangan Pergi Dulu.

“Assalamualaikum Adik.. Mudah mudahan awak selamat. Ujian dalam hidup ni Memang berat kalau nak difikirkan.

Ads

“Kadang kadang rasa maçam tak sanggup nak teruskan hidup.. sabar ya.. Saya tak pandai nak bagi nasihat.

“Tapi saya sedih sangat baca awak punya ciapan ni.. Selalu bersangka baik dengan Allah ya.. Awak orang hebat, jangan pergi dulu,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, pelakon filem Polong itu turut menitipkan pesanan agar individu terbabit terus kuat menghadapi dugaan, selain mengingatkan bahawa setiap ujian yang diberikan mempunyai hikmah tersendiri.

Mimi Lana Titip Kata Semangat Buat Individu Didakwa Alami Ketidakstabilan Emosi - “Saya Tak Pandai Nak Bagi Nasihat, Tapi Saya Sedih Sangat…”

“Mungkin awak tak tahu kalau awak hidup sebenarnya Allah dah tulis yang awak akan berjaya dan awak Akan dapat segalanya yang awak nak.

Ads

“Cuma Allah nak bagi ujian dulu. Supaya suatu hari nanti, bila awak berjaya ada sesuatu untuk dikenang.

“Perasaan awak ni sekejap je, ada rahsia Allah yang tak disangka sangka akan datang.. Insya-Allah,” kongsinya.

Doa Moga Dikurniakan Kekuatan & Ketenangan

Mengakhiri perkongsian, Mimi turut mendoakan agar individu tersebut dikurniakan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi cabaran hidup.

Mimi Lana Titip Kata Semangat Buat Individu Didakwa Alami Ketidakstabilan Emosi - “Saya Tak Pandai Nak Bagi Nasihat, Tapi Saya Sedih Sangat…”

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Mimi Lana Titip Kata Semangat Buat Individu Didakwa Alami Ketidakstabilan Emosi - “Saya Tak Pandai Nak Bagi Nasihat, Tapi Saya Sedih Sangat…”

“Saya doa semoga awak kuat, Allah kurniakan ketenangan untuk awak.

“Dan berikan segala yang terbaik di dunia dan akhirat ya! Amin,” titipnya lagi.

Terdahulu, seorang pengguna Threads mencetuskan kebimbangan pengguna media sosial lain menerusi hantaran yang dibuat selepas dipercayai berdepan ujian ketidakstabilan emosi.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya tampil memberikan kata-kata motivasi dan sokongan moral, selain berharap agar individu berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“ Dia Masih Belum Boleh Bercakap, Saya Sayangkan Dia…,” – Rupanya...

Selepas enam tahun memilih untuk bersara daripada dunia seni, penyanyi dan komposer, Faizul akhirnya terbuka hati untuk kembali ke pentas nyanyian menerusi program Gegar Vaganza musim ke-13 (GV13).