Ads

Elisya Sandha Puji Komitmen Kerja Aliff Aziz, Tolak Tepi Hal Peribadi! – “Melangkah Masuk Ke Set, Kita Kena Jadi Profesional.”

Pelakon Elisya Sandha menyifatkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan rakan artis, Aliff Aziz dan Uqasha Senrose di dalam drama terbaharu, Madu Atau Racun.

Menurut Elisya, meskipun kedua-dua pelakon ini pernah berdepan dengan kontroversi melibatkan hal-hal peribadi, namun mereka tetap profesional dan fokus ketika bekerja.

Elisya Sandha Puji Komitmen Kerja Aliff Aziz, Tolak Tepi Hal Peribadi! – “Melangkah Masuk Ke Set, Kita Kena Jadi Profesional.”

“Saya tak rasa diri saya kena tempias. Kita memang tak campur urusan peribadi. Kami berdua merupakan pelakon. Bila saya dapat tawaran berlakon bersama Aliff dan Uqasha, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Apa yang saya tahu, sebaik sahaja kita melangkah ke dalam set, kita kena jadi profesional. Ini adalah soal kerja. Apa sahaja yang berlaku pada masa lalu atau kehidupan peribadi, saya tidak akan masuk campur,” katanya kepada MH.

Dalam masa sama, Elisya turut memuji komitmen kerja yang ditunjukkan oleh Aliff sepanjang tempoh penggambaran berlangsung.

Ads

Elisya Sandha Puji Komitmen Kerja Aliff Aziz, Tolak Tepi Hal Peribadi! – “Melangkah Masuk Ke Set, Kita Kena Jadi Profesional.”

“Aliff seorang yang sangat bagus ketika bekerja. Itu satu perkara yang kita tak boleh nafikan. Ketika penggambaran, saya bagitahu kepada semua orang yang Aliff berjaya membawakan watak ini dengan sangat baik.

“Kami juga mudah untuk berkomunikasi dan berbincang. Kami tak sabar untuk tunjukkan kepada kalian hasil akhir drama ini,” katanya.

Tambah Elisya, dia selesa bekerja dengan Aliff yang sentiasa terbuka untuk menerima pandangan daripada rakan pelakon demi menjayakan sesuatu babak.

Ads

Elisya Sandha Puji Komitmen Kerja Aliff Aziz, Tolak Tepi Hal Peribadi! – “Melangkah Masuk Ke Set, Kita Kena Jadi Profesional.”

“Aliff juga seorang yang profesional. Bila sampai ke set, fokusnya memang untuk kerja sahaja. Itulah hal yang saya hormat. Bila kita berbincang soal babak, semuanya berjalan lancar.

“Perkara seperti ini susah nak buat dekat pelakon lain. Tak semua pelakon terbuka nak berbincang. Nanti mereka ingat kita nak mengajar pula,” ujarnya lagi.

Ads

Watak Berbeza, Keluar Dari Zon Selesa

Dalam masa sama, Elisya akui watak yang dibawakan di dalam drama ini menuntutnya untuk keluar daripada zon selesa.

Anda mungkin berminat dengan

Elisya Sandha Puji Komitmen Kerja Aliff Aziz, Tolak Tepi Hal Peribadi! – “Melangkah Masuk Ke Set, Kita Kena Jadi Profesional.”

“Sebenarnya saya agak takut untuk membawakan watak ini kerana ada kelakuannya yang agak sensitif. Watak ini memang lain dari yang lain. Jika saya dapat kecaman sekali pun, itu bermakna saya berjaya membawakan watak dengan baik.

“Ini adalah kali pertama saya membawakan watak antagonis. Saya sendiri rasa watak ini agak daring. Saya pun ada tertanya-tanya, betul ke saya nak buat macam ini?

“Namun, saya tetap berjaya buat dengan bantuan orang-orang di set penggambaran,” kongsinya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Tak Ada Masalah Kalau Ada Yang Nak Cari Salah. Itu...

Pelakon Beto Kusyairy terbuka dalam menerima pelbagai reaksi penonton terhadap filem komedi terbaharu lakonannya, Libang Libu, termasuk segelintir yang menonton hanya dengan tujuan mencari...
error: Hello. Cannot.