Ads

“Hatinya Sangat Jujur…,” – Layan Ibu & Orang Lain Dengan ‘Super’ Baik, Azeva Selesa Berkawan Dengan Zaki Yamani

Anak kepada penerbit, Datuk A. Aida, Azeva Natassha tidak menyangka hubungan akrabnya bersama penyanyi, Zaki Yamani membuatkan ada yang berteka-teki mengenai sejauhmana hubungan mereka.

Menurut Azeva, dia dan Zaki baru sahaja berkenalan dan masing-masing selesa berkawan kerana punyai personaliti yang hampir sama.

“Hatinya Sangat Jujur…,” – Layan Ibu & Orang Lain Dengan ‘Super’ Baik, Azeva Selesa Berkawan Dengan Zaki Yamani

“Pada awalnya, saya tak sangka akan ada ramai orang nak kenen-kenenkan kami. Saya dan Zaki berkenalan di platform media sosial dahulu. Kami kenal pun sebab bapa kami merupakan kawan baik.

“Satu hari, kami terjumpa di sebuah acara dan hubungan itu terus ‘klik’. Kami memang boleh jadi kawan. Jadi, apa salahnya kalau kami buat video dan konten bersama di media sosial.

“Saya tak sangka video itu akan meletup. Bila kami buat live pun, beribu orang yang tonton. Tak sangka anda suka lihat saya dan Zaki,” katanya kepada MH.

Azeva berkata sedemikian ketika ditemui di program MeleTOP di Astro Bukit Jalil pada Selasa.

Ads

Jelas gadis berusia 25 tahun ini lagi, dia tertarik dengan sikap Zaki yang baik hati serta keperibadiannya yang jujur dan merendah diri.

“Hatinya Sangat Jujur…,” – Layan Ibu & Orang Lain Dengan ‘Super’ Baik, Azeva Selesa Berkawan Dengan Zaki Yamani

“Kami sesuai berkawan sebab perangai kami hampir sama. Ada kalanya, bila kita pertama kali bersembang dengan seseorang, kita terus tahu yang kita boleh jadi kawan.

“Zaki seorang yang sangat baik. Cara dia melayan orang yang dia tak kenal pun sangat baik. Saya boleh nampak personalitinya bagaimana.

Ads

“Cara dia melayan ibunya, saya nampak perkara itu secara berdepan. Saya memang yakin Zaki seorang yang baik. Hatinya sangat jujur,” kongsinya lagi.

Ada Hubungan Serius?

Ditanya sama ada dia dan Zaki ada perancangan untuk membawa hubungan persahabatan ini ke arah yang lebih serius, Azeva memaklumkan buat masa ini, dia lebih selesa berkawan.

“Hatinya Sangat Jujur…,” – Layan Ibu & Orang Lain Dengan ‘Super’ Baik, Azeva Selesa Berkawan Dengan Zaki Yamani

“Kita kena kenal-kenallah dahulu. Pada masa hadapan nanti, kita pun tak tahu apa yang Allah sudah rancangkan buat kita. Saya go with the flow sahaja,” katanya.

Ads

Diminta mengulas mengenai persediaannya menjelang konsert minggu pertama Talk To My Manager musim ke-2, Azeva akui dirinya yakin dengan segala persiapan yang telah diatur oleh ibu tersayang.

Anda mungkin berminat dengan

“Hatinya Sangat Jujur…,” – Layan Ibu & Orang Lain Dengan ‘Super’ Baik, Azeva Selesa Berkawan Dengan Zaki Yamani

“Tinggal beberapa hari sahaja lagi, persiapan saya berjalan lancar. Saya juga ada ambil kelas vokal tambahan. Setiap hari saya akan pergi ke gim berlari, spin class atau pilates untuk menjaga stamina.

“Setakat ini, saya yakin dengan persiapan saya. Saya teruja dan tak sabar nak buat persembahan untuk konsert minggu pertama.

“Mama seorang pengurus yang sangat okay. Asalkan kita dengar kata, dia okay saya. Mama tidak akan memaksa saya dan saya akan ikut sahaja apa pesanannya. Mama tahu apa yang terbaik,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Didiklah Dengan Ilmu, Hukuman Akan Melemahkan,” – Sabri Yunus Gesa Penggiat...

Pelakon dan aktivis teater terkenal, Sabri Yunus tampil memberikan pandangannya berhubung isu tular membabit satu pementasan teater di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang teruk dikecam gara-gara didakwa mempertontonkan adegan kurang sopan.
error: Hello. Cannot.