Minggu kedua program realiti, Talk To My Manager 2 (TTMM2), menyaksikan tiga pasangan pengurus dan artis iaitu Linda Jasmine & Ratu, Pak Azad & Amarra, serta Adira & Anggrek berada di tangga tiga terbawah.
Pada malam yang penuh debaran itu, Linda Jasmine & Ratu diumumkan sebagai peserta tersingkir selepas memperoleh markah terendah daripada barisan juri, iaitu sebanyak 66.33%.
Namun begitu, pasangan ibu dan anak tersebut akhirnya menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan, sekali gus menyaksikan kesemua peserta mara ke saingan minggu ketiga TTMM2, Ahad depan.
Bagi pasangan lain di kedudukan bawah, Adira & Anggrek mencatat markah sebanyak 72%, manakala Pak Azad & Amarra memperoleh 66.67% menerusi minggu persaingan yang bertemakan ‘Lepaskanlah’.
Sementara itu, Ani Mayuni & Viviana muncul sebagai peserta dengan markah tertinggi, iaitu 89%.
Kedudukan tersebut diikuti oleh Jamilulhayat & Hussain dengan 84.33%, manakala Safura & Kim Khairii pula meraih 84% sementata Datuk A Aida & Azeva pula mencatat 82%.
Ads
Nana Mahazan & Althea meraih 80%, diikuti Datuk Seri Vida & Cik B dengan 77.67%, serta Datuk Fazley & Fariedz yang memperoleh 77.33%.
Ads
Format Penjurian & Maklumat Siaran
Program ini dikendalikan oleh pengacara Aznil Nawawi, bersama barisan juri tetap iaitu Datuk AC Mizal dan Sarimah Ibrahim.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan markah sebanyak 60% untuk pengurus dan 40% untuk artis.
Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Anak kepada penerbit terkenal, Datuk A. Aida iaitu Azeva Natassha menjelaskan sebab dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi dalam program realiti yang disertainya, Talk To My Manager 2 (TTMM2).
Azeva atau nama penuhnya Wan Azeva Natassha Wan Aminuddin menjelaskan, memadai sekiranya dia diberi rezeki untuk bersaing hingga ke peringkat final.
Ini kerana dia merasakan rakan-rakan lain mungkin lebih memerlukan kemenangan tersebut berbanding dirinya.
“Saya nak kawan-kawan saya dapat top three, saya dapat nombor lima pun okay asalkan dapat pergi final saja.
“Sebab saya tahu mereka lebih memerlukan (kemenangan) itu berbanding saya. Saya akan gembira jika jadi (bergelar) juara, tapi saya tahu kawan-kawan lagi memerlukan.
“Jadi kalau boleh, saya nak kawan-kawanlah yang menjadi juara. Saya dapat masuk final pun dah okay. Alhamdulillah, bersyukur,” katanya.
Perkongsian tersebut dibuat Azeeva ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, sebelum sedutan tersebut disunting kembali warganet ke media sosial.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan sokongan serta kata-kata positif terhadap keperibadian pelakon telefilem Boss, Nak Cuti ini.
Malah, ada juga yang memuji sikap toleransi dan keprihatinannya yang memahami situasi rakan-rakan lain yang saling bersaing dalam program realiti popular tersebut.
Ini antara komen yang tertera;
“Mulianya hati kau dik, semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.”
“Baik budak ni.”
“She has everything dan dia bersyukur. Pandai, kaya dan cantik.”
TTMM2 dikendalikan oleh pengacara legenda Aznil Nawawi, bersama barisan juri iaitu Datuk AC Mizal dan Sarimah Ibrahim.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis di bawah seliaan masing-masing.
Saksikan konsert TTMM setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam selain turut boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Hafidz Roshdi menggesa bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri untuk tidak menyekat komunikasi diantara dirinya dengan anak sulung Humairah.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Hafidz meminta Shuhada untuk memberikan nombor telefon terkini Humairah bagi memudahkan urusan mereka untuk berhubung secara langsung.
Jelas pelakon filem Pusaka itu lagi, sebagai bapa, dia harus mengambil tahu mengenai keadaan dan perkembangan anak-anak.
“Saya nak nombor Humairah yang terkini supaya senang saya nak bertanya khabar dan perkembangan dia,” tulisnya.
Dalam masa sama, Hafidz turut memohon kerjasama daripada Shuhada untuk berbincang berkenaan anak-anak.
“Sila jawab Whatsapp dan panggilan saya. Sekian terima kasih,” kongsinya lagi.
Terdahulu, memetik laporan Kosmo, Hafidz berharap agar Shuhada dapat memberi kerjasama untuk membolehkannya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua cahaya mata mereka.
Malah, Hafidz turut memohon maaf secara terbuka diatas segala permasalahan yang pernah berlaku sebelum ini termasuklah isu melibatkan kewangan.
“Awak ada masalah dengan saya jangan libatkan anak-anak. Anak perlu figura abah dia juga dan saya dah dapat hak dari mahkamah.
“Saya minta maaf atas apa dah jadi sebelum ini baik dari segi kewangan, emosi atau lain-lain yang saya terlepas pandang,” tulisnya di Instagram Stories.
Malah, Hafidz turut menegaskan dirinya enggan lagi bermusuhan dan hanya mahu menuntut hak untuk melawat dua cahaya matanya, Humairah dan Umar.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, dan Umar.
Selepas bercerai, Shuhada bersama dua anaknya berhijrah ke Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian.
Hafidz kemudian kembali bernikah dengan Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mencipta fenomena luar biasa di Indonesia, platform sukan tempur popular, BYON kini terus melebarkan pengaruhnya di peringkat antarabangsa dengan Malaysia menjadi destinasi pertama.
Bagi permulaan tahun 2026 ini, BYON dengan bangganya menganjurkan acara BYON7 Combat Showbiz yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Acara yang mengetengahkan acara sukan kombat ini turut mendapat kerjasama daripada rakan strategik tempatan, Kharisma Music.
Menurut ketua pegawai eksekutifnya, Ahmad Jeffny, dia berasa amat bangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak BYON bagi merialisasikan impin peminat untuk manyasikan petarung tempatan beraksi di Malaysia.
“Byod ada berjumpa dengan kami dan bertanya jika kami berminat nak buat acara sukan. Pada saya, ini adalah satu cabaran yang baharu. Jadi, saya terima pelawaan mereka untuk anjurkan acara ini di Malaysia.
“Malah, pihak Byon dan Yuka Kharisma (isteri) juga berasal dari negara yang sama. Jadi, perbincangan itu jadi lebih mudah. Selepas kedua-dua pihak berjaya mencapai koordinasi yang baik, kita mula merancang untuk anjurkan program ini.
“Ini juga merupakan kali pertama Byon mengadakan acara seperti ini di luar negara. Ini semestinya bakal menjadi acara yang mengujakan,” katanya kepada MH.
Jeffny ditemui ketika acara Weight-In BYON7 yang berlangsung di WTC, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Katanya lagi, pihaknya juga telah berusaha sebaik mungkin bagi memastikan acara berskala besar ini berjalan lancar.
“Untuk meyakinkan pihak BYON, segalanya berjalan lancar. Proses mencari kata sepakat itu tidaklah sukar. Lagipun, kita juga sudah punyai banyak pengalaman daripada penganjuran-penganjuran konsert sebelum ini.
“Dari segi pengurusan lesen, prosesnya hampir sama sahaja. Cuma untuk acara sukan seperti ini, kami perlukan lesen daripada pihak Kementerian Belia & Sukan (KBS).
“Perkara paling penting di dalam acara ini adalah aspek keselamatan. Kita beri keutamaan paling tinggi. Kami harus bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk pastikan semuanya mengikut standard,” katanya lagu.
Dalam masa sama, Jeffny akui teruja dengan sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh peminat apabila tiket prajualan telah habis terjual dalam masa lima saat untuk dua sesi.
“Sambutan di Malasyia sangat luar biasa. Kami berjaya mencipta rekod apabila tiket pre-sale telah habis dijual dalam masa lima saat.
“Manakala, tiket pre-sale kedua pula habis dalam masa satu saat. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sudah membeli tiket,” ujarnya.
Sementara itu, Presiden BYON Combat, Yoshua Marcellos akui tidak menyangka acara yang dimulakan pada skala kecil satu ketika dahulu, kini mampu berkembang ke peringkat antarabangsa.
“Saya berasa sangat teruja untuk berada di sini. Untuk menjayakan acara Byon 7 di Malaysia ini bukanlah sesuatu mudah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuklah dairpada pihak Malaysia.
“Acara ini tidak akan terjadi tanpa usaha kalian,” katanya.
Malah, Yoshua atau lebih mesra disapa Celloszxz juga berharap agar kesemua pertarung yang terlibat akan menampil aksi dan semangat kesukanan yang luar biasa.
“Terima kasih juga buat para petarung yang sudah berjaya mencapai berat badan.
“Satu hal sudah selesai. Ada satu lagi perkara yang harus di lakukan esok. Saya ingin berpesan kepada anda, jadilah legenda. Jangan rasa ragu-ragu bila masuk ke gelanggang.
“Terus melangkah dan berperang. Berikan yang terbaik. Tunjukkanlah hasil latihan yang orang lain tidak nampak,” akhirinya.
Sebanyak 12 pertarungan bakal berlangsung termasuklah acara tumpuan melibatkan pertarung Malaysia, Putra Abdullah menentang petarung Indonesia, Ronal Siahaan bagi merenut tali pinggang BYON Kickstriking Asia Title.
Tiket untuk menonton BYON7 masih boleh didapati secara atas talian dengan harga bermula RM75 sehingga RM650.
BYON7 juga boleh ditonton secara pay-per-view (PPV) di platform penstriman, Vidio pada harga RM17.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...