Ads

“Boleh Tak Peniaga Jual Baju Kurung Atau Baju Raya Online, Jangan Guna Al Untuk Gambar Baju,” – Janna Nick

Pelakon dan pengacara, Janna Nick menggesa para peniaga pakaian agar tidak menggunakan foto janaan kecerdasan buatan (AI) untuk mempromosikan produk mereka secara dalam talian, seperti pakaian.

Menurut Janna, pelanggan pastinya mahu melihat keadaan sebenar pakaian yang dijual, khususnya dari segi material dan tekstur kain bagi mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum membuat pembelian.

“Boleh Tak Peniaga Jual Baju Kurung Atau Baju Raya Online, Jangan Guna Al Untuk Gambar Baju,” - Janna Nick

“Boleh tak peniaga yang jual baju kurung atau baju raya secara online, please jangan guna Al untuk gambar baju.

“Sebab kita nak tengok material kain yang sebenar, cutting, texture dan macam mana baju tu jatuh bila dipakai,” tulisnya.

Pandangan itu disuarakan bekas pengacara Melodi berkenaan menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Tak Perlu Guna Model, Asalkan Gambar Produk Jelas

Tambah Janna, peniaga tidak semestinya perlu menggunakan khidmat model untuk memperagakan pakaian yang dijual.

Ads

“Boleh Tak Peniaga Jual Baju Kurung Atau Baju Raya Online, Jangan Guna Al Untuk Gambar Baju,” - Janna Nick

Sebaliknya, memadai sekiranya gambar produk yang dipaparkan jelas dan memperlihatkan keadaan sebenar pakaian tersebut.

“Kalau tak mampu guna model pun tak apa, asalkan gambar produk itu nyata. Tak perlu Al untuk cantikkan atau kemaskan gambar sampai material sebenar pun dah tak nampak.

“Rasa macam tak puas nak tengok, lagi-lagi bila nak beli baju online. Sorry tau korang,” tulisnya lagi.

Ads

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Janna, selain berharap agar trend penggunaan gambar produk janaan AI seperti itu dapat dihentikan.

“Boleh Tak Peniaga Jual Baju Kurung Atau Baju Raya Online, Jangan Guna Al Untuk Gambar Baju,” - Janna Nick “Boleh Tak Peniaga Jual Baju Kurung Atau Baju Raya Online, Jangan Guna Al Untuk Gambar Baju,” - Janna Nick

Berikut antara komen-komen netizen;

Ads

“Betul sangats. Selepas itu, sekarang AI pula sampai tak boleh beza dengan nyata. Solusinya terpaksa beli masa siaran langsung dan baca review sahaja.

Anda mungkin berminat dengan

“Setuju! Kadang dalam video bukan main lagi flowy dan panjang elok. Tiba-tiba sampai keras kejung, material lain, rupa pun lain.

“Betul tu. Saya kalau tengok iklan itu Ai, memang tak layan dah sebab terlalu elok. Nanti tertipu.

“Setuju! Kita bukan nak tengok gambar yang perfect, kita nak tahu apa yang kita akan dapat bila parcel sampai. Cantik dalam gambar belum tentu sama dengan real life. Lebih baik gambar biasa tapi jujur daripada gambar lawa tapi mengecewakan.”

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Jika Lihat Sudut Negatif, Itu Masalah Hati…,” – Amir Ahnaf Sokong...

Pelakon, Amir Ahnaf berpandangan isu penyalahgunaan dadah wajar diketengahkan menerusi karya layar lebar sebagai medium kesedaran dan pengajaran buat generasi akan datang.