Ads

“Bayangkan, Kawan-Kawan Saya Yang Hebat Menyanyi Pun Dikritik Dengan Teruk,” – Ernie Zakri

Penyanyi, Ernie Zakri mengambil pendekatan untuk kekal tenang dalam berhadapan dengan pelbagai kritikan netizen selepas melancarkan album terbaharunya berjudul ATMA.

Mengakui bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak, Ernie bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu memikirkan pandangan negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.

Sebaliknya, dia menganggap perkara itu sebagai lumrah yang perlu dihadapi sepanjang bergelar anak seni.

“Bayangkan, Kawan-Kawan Saya Yang Hebat Menyanyi Pun Dikritik Dengan Teruk,” - Ernie Zakri

“Saya pernah menulis satu status, sekecil-kecil kejayaan saya bersama pasukan, pasti ada sahaja orang-orang yang tidak berpuas hati. Pada saya, perkara itu normal.

“Namun, saya mengambil langkah untuk meletakkan hal sebagai masalah mereka dan bukan masalah saya. Ketika ini, saya sebolehnya mahu bertenang sahaja.

“Saya sudah sampai tahap di mana saya tak tahu apa yang betul dan salah untuk menjadi penyanyi,” katanya kepada MH.

Isteri kepada penyanyi Syamel itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album ATMA, baru-baru ini.

Ads

Kritikan Perlu Membina, Bukan Sekadar Mahu Menjatuhkan

Jelas Ernie, komen-komen keterlaluan yang dilemparkan segelintir netizen bukan sahaja boleh menjejaskan emosi, malah turut memberi kesan terhadap kesihatan mental seseorang anak seni sekiranya tidak ditangani dengan baik.

Malah, penyanyi lagu Masing-Masing itu berpendapat kritikan seharusnya disampaikan secara berhemah dan berlandaskan niat untuk membina, bukannya sekadar mahu menjatuhkan individu lain.

“Bayangkan, Kawan-Kawan Saya Yang Hebat Menyanyi Pun Dikritik Dengan Teruk,” - Ernie Zakri

“Bayangkan, kawan-kawan saya yang hebat menyanyi pun dikritik dengan teruk. Saya pun tak boleh bayang bagaimana mereka menjaga kesihatan mental.

Ads

“Ada kalanya, kita juga boleh tahu niat mereka mengkritik dari sudut penulisan. Adakah mereka nak kritik atau nak menjadi ‘terpaling benar’. Kini, saya memilih langkah untuk menenangkan jiwa.

“Saya memilih untuk tidak membaca hantaran negatif. Kadang-kadang komen-komen itu terkeluar dengan sendirinya.

“Saya berfikiran, apa kata awak ambil lagu ini dan menyanyi. Kalau awak boleh buat macam saya, itu bermakna awak gempak. Kalau tak boleh buat, janganlah sekadar cakap sahaja. Bagilah kritikan yang membina,” kongsinya lagi.

Dalam masa sama, Ernie turut mengulas kritikan segelintir pihak yang kurang bersetuju dengan penggunaan frasa ‘Madah Berhelah’ dalam bait lirik lagu Racun.

Ads

Jelas Ernie, pemilihan frasa tersebut bukanlah dibuat secara kebetulan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada kreativiti dalam penulisan lirik selain menjadi tanda penghormatan buat ibu saudaranya yang juga penyanyi ikonik, Datuk Ziana Zain.

Anda mungkin berminat dengan

“Bayangkan, Kawan-Kawan Saya Yang Hebat Menyanyi Pun Dikritik Dengan Teruk,” - Ernie Zakri “Bayangkan, Kawan-Kawan Saya Yang Hebat Menyanyi Pun Dikritik Dengan Teruk,” - Ernie Zakri

“Masing-masing ada interpretasi sendiri. Pada saya, itu adalah satu kreativiti dan cara saya memberikan penghormatan kepada ibu saudara saya. Beliau seorang penyanyi yang sangat ikonik.

“Untuk saya meletakkan perkataan Madah Berhelah, itu hanyalah permainan kata dalam penulisan lirik. Lagu itu terdengar agak berterabur kerana itu memang perancangan saya.

“Lagu ini kena jadi messy. Penulisan itu memang disengajakan,” akhirinya.

Terdahulu, album ATMA yang mengandungi tujuh buah lagu kini boleh didengari di seluruh platform penstriman.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Baga: Esok Milik Siapa; “Bukan Cuba Menjadi ‘Polis’ Moral, Saya Melihat...

Mengangkat isu sensitif berkaitan gejala penyalahgunaan dadah di Terengganu menerusi filem Baga: Esok Milik Siapa, pengarahnya, Ariff Zulkarnain berharap karya berkenaan bukan sekadar menjadi medium hiburan semata-mata.